Di dalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut keadaan semasa seperti Yamashita, DTD, Keystone, Yozuri, Egimaru, Stalit dan lain-lain. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan di antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan lain-lain lagi.
Keberkesanan candat banyak bergantung kepada kejernihan air, kekuatan arus, arah arus, suhu air laut, kemasinan air laut, keamatan cahaya bulan, cara mengewang candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di perairan pantai.
Penggunaan candat berbeza memberikan peluang kepada pemancing atau pengewang untuk mendapatkan hasil sotong yang lebih.
Gambar menunjukkan antara variasi candat udang yang dah dilupakan..
dulu yang inilah cebok.. ada lagi ke gang-geng eging yang masih guna baru-baru ni sotong masih pegang lagi candat ni
Jangan lupa ya sahabat selepas menonton please Like, Comment, Share & SUBSCRIBE
0 comments:
Post a Comment