background img

Bawal Emas

 

Ikan Bawal Emas merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya yang admin tahu ikan Bawal terbahagi kepada empat jenis iaitu Bawal Putih, Hitam, Emas dan Tambak Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang lain.

Spesis ini di Terengganu dipanggil Nyonyo/Senyonyo, ia hidup dan berenang secara berkumpulan kebiasaannya pada musim tertentu Bawal Emas boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut dan Ikan Kapur/Dart Fish di persisir pantai.

Pergerakan spesis ini dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat bagaimanapun ia juga boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

Spesis ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama. 


Please Like, comment & Subscribe



0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers