Salam...
Pada Selasa malam (21 Jan 2014) kita digemparkan oleh berita kanak-kanak 2 tahun dijumpai mati dibunuh di kawasan perumahan Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu. Dikhabarkan juga mangsa dirogol. Dalam internet, gambarnya pun ada. Malah ada pelajar saya yang tunjukkan gambar mayat mangsa. Gambar menyayat hati yang saya tak sanggup tengok 2 kali dan letakkan di sini. Allahuakbar! Kita yang mendengar dan melihat gambar, terasa geram. Ini menepati frasa apa yang saya pernah kongsi dalam blog, “Dalam dunia binatang tiada manusia tetapi dalam dunia manusia ada binatang”. Nampak saja ok tetapi masyarakat kita sudah semakin tenat. Macam bongkah iceberg yang nampak kecil di permukaan tetapi sebenarnya besar di bahagian bawahnya. Pencuri, perompak, perogol, pembunuh semakin menggila:
• Walaupun rumah dipasang gril, masih tak selamat dan manusia hidup macam dalam penjara. Di luar rumah juga tak selamat – orang sedang sujud di masjid boleh dicuri begnya, duit tabung masjid pun dicuri, laptop dan beg tangan dalam kereta pun tak selamat, berhenti di lampu isyarat perlu dikunci pintu kenderaannya terutama wanita, penutup besi longkang dicuri, barangan besi dalam kawasan rumah pun tidak boleh terlepas pandang, orang tua pun diragut hingga gguling bating kekadang bawa maut, ada yang kemalangan di jalanraya dibiarkan tidak dibantu sebaliknya dicuri barangan berharganya, ada sipencuri memotong peha lembu semasa ia masih hidup dan membiarkan ianya berjalan kesakitan dengan 3 peha/kaki……
• Perompak bukan sahaja merompak tetapi membunuh – 2013, bank dirompak dan pengurus wanitanya ditembak macam tembak burung.
• Pembunuh bukan lagi sekadar membunuh, tetapi bunuh, kerat, cincang, tanam dan
bakar!.
• Zaman jahiliyyah dulu, hanya anak perempuan dibunuh, zaman kita kini pembuangan bayi tidak mengira jantina.
Berita ini akan heboh diperkatakan untuk beberapa hari. Lepas tu, macam biasa ianya akan dilupakan sehinggalah ada peristiwa seumpamanya berlaku lagi.
Ianya mungkin cepat berlalu sebab bukan berlaku di kawasan kita atau saudara mara, kenalan kita.
Apa yang kita pelajari daripada semua ini. Hukuman manusia terbukti gagal menyekat ‘penyakit’ daripada merebak. Jika doktor kata kaki perlu dipotong demi untuk mengelakkan penyakit merebak ke anggota lain badan, tiada yang kata doktor kejam dan biasanya saranan doktor dituruti. Malah, doktor akan diminta untuk percepatkan tindakan, terutamanya bila lihat sendiri kaki dah rosak teruk. Malangnya, Allah swt yang mencipta doktor serta manusia lain, malah segala-galanya, dipandang enteng hukum-hakamNya. Macam mana kita kata kita beriman kepada Allah?. Sebab kita tak menggunakan ilmu kita ke arahNya, Allah mendatangkan kita peristiwa (termasuk bala/musibah) agar kita berfikir. Semoga kita sedar suatu hari nanti akan keperluan dan keberkesanan hukum-hakam Allah swt. Cuma, hendaknya, suatu hari itu ialah hari yang kita masih berpeluang untuk membaiki dan bukannya hari yang nasi sudah jadi bubur. Allahuakbar!. Kita berdosa dan menempah bala bila abaikan syariat Allah swt.
Allah berfirman dalam ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:
"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".
Semoga bermanfaat
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment