عن أبي سعيد
الخدري، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُوْلُ
الْمُؤَذِّن.
Mafhumnya:
Daripada Abu Sa‘eed al-Khudriy radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam bersabda:
“Apabila kalian mendengar seruan azan, maka ucapkanlah seperti mana muazzin (orang yang melaungkan azan) ucapkan”.
Berkata Yahya: aku dikhabarkan dari sebahagian saudaraku bahawa: ketika muazzin melaungkan: حى على الصلاة, maka ucapkanlah: لا حول ولا قوة إلا بالله
[Riwayat al-Bukhari melalui bab apa yang perlu diucapkan ketika mendengar azan berkumandang -611-)
IKTIBAR HADIS:
Azan merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilaungkan apabila seseorang muslim itu ingin melaksanakan solat fardhu. Sejarah pensyariatan azan disebut di dalam kitab - syarah al-Yaqut an-Nafis - dengan menyatakan:
Rasulullah sallalahu alaihi wasallam bersama para sahabat bermesyuarat tentang bagaimana cara untuk orang ramai mengetahui bilakah masuknya waktu solat? Terdapat pelbagai pandangan, di antara mereka ada yang berpandangan: “Kita pukul gendang seperti orang Yahudi”, ada pula yang berkata: "Bunyikan loceng seperti orang Kristian”. Namun seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Zaid bermimpi diajarkan kalimat-kalimat ungkapan azan dan iqamah. Kemudian beliau pergi bertemu Rasulullah dan menceritakan mimpinya. maka Rasulullah menerima dan memperakuinya. Lalu baginda nabi meminta kepada Sayyidina Bilal untuk dilaungkan kalimat-kalimat tersebut iaitu azan. Demikian azan disyariatkan.
Seorang orientalis barat pernah berpandangan: “Terdapat beberapa perkara yang aku kagumi mengenai Islam: pertamanya nama Islam itu sendiri yang bermaksud selamat dan sejahtera, dan keduanya ungkapan azan yang menyebut: Hayya ‘alal Falah, Hayya ‘alal Falah (marilah menuju kejayaan, marilah menuju kejayaan). Demikian sedikit maklumat betapa hebatnya syiar azan ini. Justeru, pelajarilah adab-adab melaung dan mendengar azan semoga beroleh keberkatan dunia dan akhirat. ..Ust. Nazril UiTMT..
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment