20 Penyebab Terbatalnya Akidah
Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batallah Iman mereka..
1. Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T.
2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T.
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.
5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya.
6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah.
7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
8. Menyintai dunia lebih dari akhirat.
9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya.
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah.
12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin.
13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.
16. Tidak mengetahui ma’rifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya.
17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku’ bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Ka’bah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
20. Berperasaan riya’.
sumber : LamanKongsi.Blogspot.com