background img

Bismillah & In Syaa Allah

Bismillah. Adat mengatakan kereta terpakai ataupun kereta yang sudah lama dipakai menggunakan duit yang banyak untuk kos penyelenggaraan. Adat mengatakan kos penyelenggaraan untuk kereta baru ataupun yang masih baru adalah rendah ataupun jimat jika dibandingkan dengan kereta lama.

Akal menyatakan kereta lama juga boleh jimat and tidak memerlukan kos penyelenggaran yang tinggi, dengan izin Allah SWT. Itu antara sebab saya melihat banyak kereta lama yang dibaca bismilah sebelum memulakan perjalanan, bertahan lebih lama dan lebih selamat dari kereta baru yang tidak dibaca bismillah. Maksud di sini, adat tidak boleh dijadikan 100% peraturan hidup, kerana itu adalah syirik kecil kata seorang ustaz kepada saya.

Adat mengatakan kereta bergerak kerana minyak petrol ataupun diesel. Akal mengatakan kereta bergerak di atas izin Allah SWT. Adat mengatakan, sekiranya kita makan ubat sakit kepala, maka sakit kepala itu hilang. Adat mengatakan, sekiranya tidak dimakan ubat sakit kepala itu, sakit kepala itu akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama.

Akal menyatakan sakit kepala hilang bukan kerana ubat tetapi 100% Allah, ubat itu adalah syarat adat, iaitu supaya kita berusaha. Apabila menyakini ubat yang

menyembuhkan kita, itu juga syirik kecil kata seorang ustaz kepada saya. Yang lebih penting di dalam hidup ini, adalah bagi merasakan Allah yang berkuasa secara 100% dan bukannya adat @ logik.

Sekiranya hendak diberitahu kereta baru kurang 'maintenance' berbanding kereta lama, boleh tetapi bukan begitu cara menulisnya. Secara puratanya kereta baru melibatkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kereta lama. Ataupun sebagai seorang Islam, lebih elok apabila ditulis.

In Syaa Allah kereta baru melibatkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kereta lama. Walau bagaimanapun tiada yang mustahil bagi Allah untuk membuktikan ada kereta-kereta lama lebih selamat dan lebih rendah kos penyelenggaraannya, apabila kereta lama itu dipandu oleh orang yang sentiasa menyebut Bismillah sewaktu ingin mengerakkan keretanya itu.

Hidup di dunia bukan untuk bergantung kepada adat @ logik semata-mata, hidup di dunia adalah untuk kita melihat dengan mata dan yakin dengan hati, bahawa semua yang ada di dalam dunia ini, hanya berfungsi setelah mendapat keizinan Allah SWT. Kita percaya tanpa minyak juga kereta dapat bergerak, di atas keizinan Allah SWT.

Oleh itu pergunaan In Syaa Allah di dalam kebanyakan ayat yang kita tulis ataupun lafaz itu penting, dalam kita meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.
Adat : Apabila kita mengisi minyak, kereta ini sudah boleh bergerak.
Akal @ Islam : Apabila kita mengisi minyak, In Syaa Allah (dengan izin Allah) kereta ini boleh bergerak.

Dipetik dari Shamsuddin Kadir... 
Suami Isteri Bahagia

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers