background img

Polisss...


Kalau kita sedang memandu dan terserempak dengan polis, secara otomatik kita akan rasa tak senang duduk. Menggelabah tak tentu pasal – betulkan kedudukan yang dah betul, mata jeling ko road tax, kaki secara otomatik tekan pedal brek (sampai tertonggeng anak bini), tarik tali pinggang kaledar tapi tak jumpa jumpa tempat nok cocoh (bagi bunyi ketaqqq!),  dan tangan meraba beg duit. Bini yang sedang “mengalunkan muzik latar” di kerusi “co-pilot” (supposed to be!) pun kita kejut hingga terkebil-kebil kawan tu buka mata – “Apa! Apa ?X$%VX&^. Ada accident ko?”. Malu sendiri atau disindir anak bini bila
rupa-rupanya polis hanya berhenti minum atau bukan polis pun…hanya pekerja kontrak jalan pakai baju belang berfloresen macam polis. Mengapa kita memberikan reaksi sebegitu? Sebab kita kenal polis! – kita maklum tentang kuasa menyaman yang ada pada polis.

Bagaimana dengan Allah? Allah jadikan semua makhluk, termasuk kita dan polis!. Tapi mengapa kita tak takut dengan Allah?. Allah kata ada 2 malaikat ditugaskan untuk mencatat segala gerak geri kita. Kita bukan sekadar “disaman”, tetapi di akhirat nanti, semua perlakuan kita akan di “kebe” (loghat Ganung yang bermaksud diselak satu persatu macam orang basuh perut lembu) walaupun sebesar zarah, dan akan ditayangkan kepada umum. Kita janji dalam solat, “Sesungguhnya, solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku hanya untuk Allah….”. Selepas solat, kita langgar hukum-hakam Allah. Syariat Allah kita letak belakang dan bukannya di depan dalam menjalani kehidupan seharian. Malang sungguh jika kita lebih kenal polis daripada Allah SWT.... Semoga bermanfaat.


Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori 
Koordinator Research Management Unit (RMU) / Fakulti Perakaunan 
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni 
Bangunan Integriti 
Universiti Teknologi MARA Terengganu
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA
Tel: 09-8400 400 (O), 09-8400 289 (DL) Fax: 09-8400 288 

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers