background img

Pari Lalat

29 September 2012 Jam 9.20pm, Pari Lalat seberat 1.4kg yang berjaya dipancing oleh Bro Amer di lokasi Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu, berumpankan kegemaran beliau udang hidup yang ditangkap di sungai kawasan tersebut. Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat di seluruh dunia. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji yang diselitupi dengan bahan yang sama membentuk sisik yu yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri. Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Wal hasilnya......


Kuku Batu & Ketam Nipah

Kuku Batu jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang kaki- kaki pancing menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Fizikal spisis ini berwarna koko kehitaman dan berwarna putih di bahagian perutnya seperti pada gambar yang sempat diambil oleh penulis, dikatakan spesis ini dikategorikan sebagai ikan perlahan kerana ia memakan umpan tidak seperti ikan siakap atau kerapu, ia kemam dahulu makanan barulah ia telam dan cara getuannya seperti udang galah, tetapi boleh tahan juga ia spin apabila kail terkena padanya, hura-hara juga pemancing itu dibuatnya.

Jika pemancing itu dapat memancing ikan ini dan didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan tersebut nescaya pemancing ini dikategorikan sebagai pemancing yang hebat, kenapa? kerana pemancing ini tau spisis apa yang makan pada umpannya. Habitatnya jarang berada di tempat terbuka, ia gemar berada di struktur muka kuala, karang, berbatu dan hutan bakau/nipah.

Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang hidup, gandum, roti, teritek, isi ayam mentah, kulit ayam goreng, udang segar yang dibuang kulitnya dan ketam kecil seperti ketam angin atau ketam rumput. Selain itu bahagian ekor anak ikan kembung atau selayan juga menjadi santapan kegemaran spisis ini dan sebaiknya bahagian ekor tersebut dipijak-pijak supaya ia menjadi lembit

Info mengenai ketam nipah, nama saintifik ketam nipah ini adalah Scylla Serrata, ketam jenis ini hanya boleh hidup di dalam air payau dan juga masin, kulitnya berwarna coklat dan ia teramat sensitive dengan air hujan. Ketam nipah sememangnya lebih sedap dari ketam laut, kerana ketam laut yang dibeli di pasar adalah ketam sejuk yang telah dibekukan. Kemungkinan ketam laut yang dibeli itu telah disimpan terlalu lama, namun perbezaan isinya dapat dirasakan samada segar atau tidak.

Pemancing: Amer
Lokasi: Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun.

Bebulus


Ikan Bebulus adalah sejenis ikan laut yang bersaiz kecil. Ikan ini boleh dikatakan terdapat hampir di seluruh pantai di negara ini. Spesis ini biasanya aktif semasa air mulai pasang. Ikan-ikan bulus keluar ketika ini untuk mencari makanan. Makanan senang diperoleh pada ketika ini. Saat inilah yang selalu ditunggu oleh kaki pancing untuk melepaskan gian.

Biasanya apabila tiba musim bebulus, akan diikuti oleh ikan pari. Ini kerana ikan bebulus menjadi santapan ikan pari dan adakalanya kerapu. Sebab itulah, sesetengah kaki pancing menggunakan umpan bebulus untuk memancing kerapu dan pari. Untuk memancing bebulus, mata kail yang digunakan adalah bersaiz kecil, ini kerana bebulus mempunyai mulut yang kecil dan runcing. Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang segar atau udang pasar. Kadang-kadang isi ketam juga boleh digunakan, umpan hendaklah dipotong kecil-kecil agar sesuai dengan saiz mata kail dan sifat bebulus.
Memancing bebulus mudah saja, baling umpan dan tunggu saat getuannya. Kita juga boleh menggarau perlahan-lahan untuk menarik perhatian bebulus dan spesis ikan yang lain. Jika tiada tindak balas rajin-rajinlah memeriksa umpan. Ini kerana ikan lain juga bijak mengambil kesempatan untuk mencuri umpan. Jadi jangan tunggu lama-lama. Penggunaan set pancingan ringan lebih sesuai untuk memancing spesis ini atau gelama kerana dapat mengelakkan kepenatan semasa menggarau.

Info dari...pancingngail
Pemancing: Bro Amer
Lokasi: Bukit Belah, Dungun Terengganu.

Sungai Kerteh

Sungai Kerteh terletak di Daerah Kemaman Terengganu kira-kira 400m lokasi ini dari jalan raya atau jambatan besar perlabuhan kerteh. Tempat berhampiran dengan Sungai Kerteh ialah Tanjung Kerteh, Pantai Kerteh, loji petronas Kerteh dan Bandar Baru Kerteh. Sungai Kerteh ini mengalir dari muara atau tanjung Kerteh menuju ke Batu Putih dan sungai Rangon.
Terdapat bot-bot laut di sepanjang Sungai Kerteh ini sehingga melepasi jambatan besar Kerteh, ini menunjukkan hampir separuh perkampungan di lokasi ini menjalankan aktiviti-aktiviti nelayan. Semestinya sungai Kerteh ini juga merupakan sungai sasaran bagi kaki-kaki pancing dalam memburu ikan-ikan terbaik seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu, Pari, Jenahak dan lain-lain.
Terdapat juga kem latihan berkayak dan pusat latihan khidmat negara di lokasi ini serta juga tempat-tempat riadah untuk membawa keluarga pergi berkelah. Jika anda gemar memancing Kerapu, Gelama dan Bulus, nah lokasi inilah sasarannya, jika musim Gelama datang lagi semestinya sungai ini menjadi lubuk si ikan Gelama dan Bulus bermain sehingga kebanyakkannya terdiri dari saiz-saiz mega. Gambarajah menunjukkan keindahan Sungai Kerteh dan ikan kerapu yang sempat diambil penulis semasa aktiviti memancing petang tadi.

Baji Tebing Tembah

Ikan Baji, spesis ikan sungai dan laut yang berjaya dipancing semalam di sungai Kampung Tebing Tembah Paka Dungun. Goreng pun sodap nii... sesiapa yang dapat memancing ikan ini perlu berhati-hati kerana spisis ini mempunyai pisau cukur di kiri dan kanan pipinya, nanti tahu-tahu pedih je tangan, jika terkena ianya sekadar luka sahaja dan tidak berbisa.

3 Siakap Merah

Seperti mana sedia maklum, Pelor nama sebuah tempat yang terletak di kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu yang pastinya mempunyai keunikan tempatnya tersendiri, paling utama tempat ini semestinya dipenuhi dan dihadiri oleh spesis-spesis ikan dari kumpulan gred A ditambah pula dengan keindahan dan kecantikan lokasi tersebut seperti gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis pada petang semalam besertakan dengan hasil pancingan 3 siakap merah yang berjaya dipancing oleh rakan admin Amer di lokasi tersebut, Alhamdulillah... info

 


Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers