background img

Bebulus


Ikan Bebulus adalah sejenis ikan laut yang bersaiz kecil. Ikan ini boleh dikatakan terdapat hampir di seluruh pantai di negara ini. Spesis ini biasanya aktif semasa air mulai pasang. Ikan-ikan bulus keluar ketika ini untuk mencari makanan. Makanan senang diperoleh pada ketika ini. Saat inilah yang selalu ditunggu oleh kaki pancing untuk melepaskan gian.

Biasanya apabila tiba musim bebulus, akan diikuti oleh ikan pari. Ini kerana ikan bebulus menjadi santapan ikan pari dan adakalanya kerapu. Sebab itulah, sesetengah kaki pancing menggunakan umpan bebulus untuk memancing kerapu dan pari. Untuk memancing bebulus, mata kail yang digunakan adalah bersaiz kecil, ini kerana bebulus mempunyai mulut yang kecil dan runcing. Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang segar atau udang pasar. Kadang-kadang isi ketam juga boleh digunakan, umpan hendaklah dipotong kecil-kecil agar sesuai dengan saiz mata kail dan sifat bebulus.
Memancing bebulus mudah saja, baling umpan dan tunggu saat getuannya. Kita juga boleh menggarau perlahan-lahan untuk menarik perhatian bebulus dan spesis ikan yang lain. Jika tiada tindak balas rajin-rajinlah memeriksa umpan. Ini kerana ikan lain juga bijak mengambil kesempatan untuk mencuri umpan. Jadi jangan tunggu lama-lama. Penggunaan set pancingan ringan lebih sesuai untuk memancing spesis ini atau gelama kerana dapat mengelakkan kepenatan semasa menggarau.

Info dari...pancingngail
Pemancing: Bro Amer
Lokasi: Bukit Belah, Dungun Terengganu.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers