Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Dungun, lokasi ini diberi nama Batu Payung yang popular dan selalu disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di dalam mahupun di luar Dungun. Batu Payung terletak di tanjung atau muara sungai Kuala Dungun dan berhadapan Bandar Kuala Dungun dimana tempat permulaan pertembungan air laut dengan air sungai.
Sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihiasi bunyi dentuman ombak memukul batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta permukaan laut dan sungai yang berbatu-batu sekaligus menarik minat si ikan siakap merah, tetanda, siakap putih, kaci, kurai, senangin, repuh, pari, kerapu, jenahak, kuku, gerong, ebek dan sebagainya, lebih masyhurnya lagi lokasi ini terletak di Kampung Balik Bukit Seberang Pintasan Dungun Terengganu yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan.
Seperti yang kita(orang Dungun) tahu nama Kampung Seberang Pintasan ini memang hebat, selain Batu Payung, Bukit Belah, Tanjung Jara, Pantai Teluk Bidara dan lain-lain lagi, ianya menjadikan tempat-tempat ini sebagai tempat utama pelancong-pelancong dan pemancing-pemancing berkunjung ke sini. Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan lima tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang lebih-lebih lagi pada hujung minggu jumaat dan sabtu.
Apabila pengunjung melalui jambatan besar Kuala Dungun ini atau bersantai bersama keluarga di muara Kuala Dungun, sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi Batu Payung di Seberang Pintasan ini selain itu terlihat jelas juga pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial sekaligus menjadikan pemandangan di sepanjang Sungai Dungun ini kelihatan cantik dan amat menarik.
Sempat juga penulis rakamkan ikan Kuku Putih(1kg) yang berjaya dipancing semalam di lokasi Batu Payung Dungun ini yang penuh dengan batu-batuan di mana tempat kegemaran spesis ini bermain.
7 comments:
Salam tuan tanah, mohon bertanya: apa umpan terbaik untuk memancing kuku di Batu Payung ini?
umpan yg lembit2 spt. gandum(roti, terbaik roti gardenia), teritek, ayam(bhg yg lembit2), kulit ayam goreng, ketam kecil(Ketam angin, ketam rumput) udang(buang kulitnya). Sebenarnya kuku yg sy dpt ni menggunakan umpan ikan selayang pd bhg ekor, ms tu sy hanya bawa umpan ikan selayang shj, sasaran nk mancing kakap merah, ms memancing ikan kuku yg selalu sambar umpan tp tak lekat mmg kaw ni byk ikan kuku, kakap merah pn byk juga. kemudian sy potong balik umpan ambil bhg ekor n sangkut pd kail kemudian sy pijak nk bg ia lembit kemudian sy ramas hingga padat, hasilnya dpt lah...itu jer....
ikan kuku makan umpan dok sama mcm ikan lain, ikan ini ia kemam dahulu umpan barulah ia telam. Jk ikan ni sambar umpan jgn sentap lg, biar ia tarik betul2 umpan tu sampai joran dh napok belok & napok mcm lekat dh pd kail kalu nk sentap pn sentap lh tp jgn kuat sgt. ikan kuku ni spesis ikan yg slow jauh beza kalu nk dibanding dgn ikan siakap merah/ siakap putih.
baru lepas dapat kuku batu kat kuala kemaman.hajat nk ngail gelama lain plk yg kena.time tu bwk joran gewang joran pantai. last2 lekat kat joran gewang.dia pye layan mmg kuat wlpn berat hampir sekilo rsenye (angaran kasar).mcm xcye joran gewang tu blh naik kan ikan tu.mlanya ingat ikan duri.kat situ ikan duri besar2.stat mancing pkl 12mlm smpai pkl 4pg cme dapat kuku batu se sembilang se...bayang gelama xnpk langsung.yg best skli 2 2 ikan tu lekat kt joran gewang...mr.admin blh share gambar hasil x kt sni?
br lepas dapat kuku batu mlm td.umpan udang mati.lokasi kat kuala kemaman.hajat nak ngail gelama tp sekor pn xdpt.dpt lah kuku batu se sembilang se..adalah lh hasil dr dapat dukang hahaha..mr.admin blh htr gambar x kt page ni?
br lepas dapat kuku batu mlm td.umpan udang mati.lokasi kat kuala kemaman.hajat nak ngail gelama tp sekor pn xdpt.dpt lah kuku batu se sembilang se..adalah lh hasil dr dapat dukang hahaha..mr.admin blh htr gambar x kt page ni?
tra vail: Rsnya xbleh kut, cuba try.. cm ni, tn share saje kat sini https://www.facebook.com/pages/Siakappaka/184751524963574?ref=hl
saya hrp tn share gambar hasil tu di page fb siakappaka, sy pn nk tgk jg ikan tu...
Post a Comment