pemandangan yang cantik sepanjang sungai Kuala Dungun sehingga ke Sungai Buaya dan Sungai Pimpin.
Apabila pengunjung melalui jambatan Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan permandangan di muara Sungai Dungun ini amnya.
Dari bawah jambatan ini, anda boleh melihat banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh di kawasan Kuala Dungun, dan juga kelihatan sebuah Syarikat Pembuatan Bot yang terkenal iaitu A'king Boat. Jika anda datang ke negeri Terengganu, maka tidak rugi jikalau anda berkunjung pula ke daerah Dungun. Selain daripada pantai dan sungainya yang cantik, malah anda akan dapat melihat pemandangan yang indah serta memukau kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Nama seperti Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, Benteng Kuala Dungun, Bawah Jambatan, Bijangga, Sungai Buaya merupakan tempat-tempat yang terkenal dengan aktiviti memancing dan selalu sahaja disebut oleh kaki-kaki pancing yang semestinya terkenal dengan spesis ikan terbaik seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu, Jenahak, Cermin, Tetanda, Pari, Repuh, Senangin, Gelama, Kurau dan sebagainya. Sempat juga penulis rakamkan siakap merah yang berjaya dipancing di lokasi bawah jambatan Dungun ini yang penuh dengan batu-batuan di mana tempat kegemaran spesis ini bermain.
4 comments:
Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..
Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..
Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..
Umpan hidup kebiasaanya umpan udang hidup, ikan siakapputih memang gemar dengan umpan udang hidup. Kalu nok pancing Siakapmerah guna umpan ikan hidup cth ikan Seluang, Blotok, Sepap, Sliding bleh juga anak ikan selayang/Kembung yg dh mati sebesar 1 jari. Kalu nok pancing spesies ikan Kuku guna umpan gandum(roti), teritek, daging ayam, kulit ayam goreng, umpan ikan dedeh, kerang, udang mentah yang dibuang kulitnya dan ketam kecil(ketam angin). Kalu nok casting kat sini bleh tapi kena berhati2 mudah tersangkut, tali2 kapal byk sgt kt sini.
Post a Comment