Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.
Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit
kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
Kelakuan: Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.
Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .
Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.
Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama ikan naga berasal dari persamaan mereka dengan naga Cina. Kemashuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.
Evolusi dan taxonomi: Sebagaimana semua ahli Osteoglossidae, Ikan Kelisa Emas Malaysia mudah sesuai dengan air tawar dan tidak mampu hidup dalam laut. Dengan itu taburan mereka dikebanyakan pulau di Asia Tenggara mencadangkan mereka berpisah dari osteoglossid lain sebelum pergerakan plat tektonik sempurna.
Kajian genetik telah mengesahkan hipothesis ini, menunjukkan bahawa leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia berasal dari leluhur ikan kelisa Australia, S.jardinii dan S. leichardti, sekitar 140 juta tahun dahulu, semasa tempoh Awal Kretaceous.
Perpecahan ini berlaku di pinggir timur Gondwanaland, dengan leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia di bawa pada benua India atau tanah lebih kecil ke Asia. Persamaan morphologi bagi kesemua spesies Scleropages menunjukkan hanya sedikit perubahan evolusi berlaku baru-abru ini bagi ikan kuno ini.
Gambaran pertama bagi spesies ini diterbitkan antara 1839 dan 1844 (1844 merupakan tarikh biasa disebut) oleh sejarahwan semulajadi Jerman Salomon Müller dan Hermann Schlegel, di bawah nama Osteoglossum formosum, sungguhpun spesies ini diletakkan dalam Scleropages dengan nama S. formosus.
Super red arowana in a public aquarium. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Rancangan Agrotek di RTM 1 yang ditayangkan pada hari Sabtu 27 Februari 2010, pukul 6.30 hingga 7.00 pm, Ikan Arowana ataupun Ikan Kelisa Emas Malaysia yang diternak di dalam Tasik Bukit Merah, Perak merupakan spesies ikan Arowana yang termahal didunia.
Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan kerana pergeraknya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
8 years ago
5 comments:
sisik ikan arowana tertanggal.. adakah sisik tersebut akan tumbuh kembali???
Tumbuh balik... biasanya lama lh sikit
saya nk tumpang iklan boleh? saya menjual lipan bara beku makanan sampingan haiwan seperti ikan arowana,burung ada yg bt umpan pancing bg kaki pancing dan ada yg bt menahan ayam hutan berminat pm atieh min 3 ekor max 3000 ekor,harga rm3/ekor....bg postlaju rm10 setiap post
call or msg 0193089052 atieh 24/7 any time fb dan email>atiehpakya@yahoo.com id,wechat>atiehpakya berasal dari kedah dan menetap di shah alam
Ikan Kelisa boleh dijumpai di laut China selatan? Mengapa
Boleh saya tahu jawapannya
Post a Comment