background img

Tips Rasa Ikan Kapur Sedap

Ikan: Kapur(Dart Fish)
Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Teknik: Casting & Bottom

Alhamdulillah...dapat lagi hasil beberapa ikan Kapur pagi tadi 5/9/2024 Khamis 8:40am - 10:00am dalam air yang agak bergelombang dan berangin, walaupun pada asalnya mencari Sotong Mabang bertukar plan mencari ikan kerana dah dapat rasakan kumpau sotong..

Admin nak kongsi tips ikan Kapur rasa sedap bila dimakan..ramai orang mengatakan spesis ini tidak sedap dimakan kerana berasa hanyir seperti kapur..pasal tu spesis ni diberi nama ikan Kapur..bila anda hendak siang ikan ini pastikan sisiknya dibuang habis sehingga licin kerana sisiknya ini yang menyebabkan rasa hanyir seperti kapur..pastikan bersih juga di dalam perutnya sehingga hitam2 dalam perutnya tidak kelihatan..kemudian bersihkan sehingga betul2 bersih..rendam pula dalam air asam keping / asam jawa + asam limau..terpulang jika anda hendak sapu / letakkan tepung gandum untuk bagi ikan ni licin..selepas itu bersihkan sehingga betul2 bersih kemudian sejat sehingga betul2 kering..barulah anda buat masakan mengikut cita rasa tuan puan..Bagi cita rasa saya..saya lebih gemar ikan ini dimasak lauk/kuah ketupat sotong..perhhh sedapnyerrrr.

Setup:
Reel: Shimano Sienna 2000FG
Line: Lemax SpiderMax 10Lbs
Road: Okuma Nemesis 7"
Lure: Perambut bulu 2 mata

Please like, comment, share & SUBSCRIBE...

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers