Anak ikan Talang / Talang padi / Aduweh(Panggilan Tempatan Terengganu) pada amnya gemar merayau atau berenang mundar-mandir di pantai yang berpasir dan berbatu karang di dasar terutama yang kaya dengan hidupan marin kecil atau mangsa yang terdiri dari anak-anak ikan sebagai bahan diet utamanya.
Spesies ini juga mempunyai kelajuan serta kekuatan berenang sesuai dengan tabiatnya yang suka menghambur ketika mengejar anak-anak ikan. Spesies ini mempunyai barisan gigi halus tetapi dengan sekata di dalam rahang mulutnya. Walaupun tajam giginya tetapi ia kecil jarang memutuskan perambut tangsi kerana ia hanya tajam pada bahagian hujungnya sahaja.
Ia sebenarnya adalah spesies talang terkecil dalam keluarga Scomberoides dan nama kamus ialah talang padi. Ramai pemancing mengelarnya talang sahaja dan di setengah kawasan pula ia di panggil seliat atau talang pandan. Pemancing baru pula lebih yakin ia anak talang kerana saiz kecil.
Mulutnya leper membuka luas, walaupun leper badannya. Badan talang padi biasanya mempunyai tompok atau bintik hitam bulat dan setengah bujur berdekatan dengan garis lintang hidup. Jelas kelihatan lima bintik hitam dan jika diperhatikan mungkin 7 tompokan bintik hitam tersebut.
Sirip analnya pula bersambung hingga ke ekor yang bercabang tirus memanjang sesuai dengan sifatnya yang kuat berenang. Kulit talang agak liat sedikit dan mata kail yang kurang tajam tidak mampu menusuk rahang mulutnya. Pemancing perlu berhati-hati memegangnya kerana terdapat duri tajam di sirip atas dan bawah.
Kerana kegagahan dan semangat juang yang tinggi serta daya lompatan ke atas permukaan air yang cantik dan menarik, tidak melarikan tangsi ke kawasan reba atau batu karang dengan hanya berlegar di permukaan air. Talang padi mudah dijumpai di kawasan perairan persisiran pantai, muara sungai, sekitar pulau di luar pantai yang berdekatan dengan tanah besar dan di luar pantai dalam lingkungan kurang dari 50 km dari pantai.
Oleh sebab itu spesies yang berwarna putih dengan tompok hitam kecil di badan boleh dikatakan sebagai ikan yang agresif. Ia boleh dianggap sebagai pemburu makanan yang pantas (predator) serta gemar bermain di bawah permukaan dan pertengahan air. Namun ia juga mencari makanan di kawasan dasar pantai yang airnya cetek untuk mencari makanan seperti udang serta anak ketam sebagai diet tambahan.
Location: Pantai Tanjung Jara, Dungun, Terengganu.
Technique: Casting
Reel: Daiwa CrossFire LT2500
Line: Lemax SpiderMax 8Lbs
Leader: Phantom FC 35Lbs
Road: Okuma Nemesis 7'
Lure: Soft Plastic - White 30mm
Please like, comment, share & SUBSCRIBE YouTube Channel >> Siakappaka
0 comments:
Post a Comment