background img

Sotong | Mabang | Seberang Takir

Salah satu port memancing terkenal di Negeri Terengganu iaitu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir daerah Kuala Nerus, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini adanya rumah-rumah api, penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk dan adanya juga jambatan angkat serta pesisir pantai yang cantik dan terkenal seakan berada di Miami Beach.
Port inilah yang menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan laut dan ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Gerepuh, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Sotong Mabang / Mengabang / Ngabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan Sotong Mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih bila ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torak.
Teknik: Casting
Lokasi: Pantai Benteng Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Lure: YamashitA 2.2g & 2.5g
Road: Azuma Vip Access 6'.6"
Reel: Shimano Alivio 2500FC
Leader: Matrix 30Lbs
Line: Power King 8Lbs

Please....... Like, share, comment & SUBSCRIBE

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers