background img

Smallspotted Dart Fish | Ikan Kapur | Dart Fishing Malaysia

Alhamdulillah... ada lah sikit hasil petang tadi😊 Sayang lupa bawa GoProπŸ˜”πŸ˜… Lokasi Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Tak apa kita bagi link video memancing Ikan Kapur petang semalam.
Ikan: Kapur(Smallspotted Dart). Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Teknik: Tambang / Suft Casting. Umpan: Hirisan udang & potongan roti. Perambut: Apolo bulu 3 mata. Reel: Shimano Sienna 4000FB. Line: Matrix 30Lbs. Road: Abu Garcia Taurnament Classic 8'.
Please like, comment, share & SUBSCRIBE

Memancing Ikan Kapur | Ombak Tengkujuh 2020

Santai2 bersama keluarga...

Ikan: Kapur(Smallspotted Dart). Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Teknik: Tambang / Suft Casting. Umpan: Hirisan udang & potongan roti. Perambut: Apolo bulu 3 mata. Reel: Shimano Sienna 4000FB. Line: Matrix 30Lbs. Road: Abu Garcia Taurnament Classic 8'.

Please like, comment, share & SUBSCRIBE...



Layan Ikan Bulus Jerrr

Santai2 bersama keluarga & layan ikan Bulus jerrr... Ikan: Bulus (Sillago Sihama) Lokasi: Pantai Tanjung Jara, Dungun Teknik: Tambang / Suft Casting, Apolo 3 mata Umpan: Hirisan udang & janggut sotong Ngabang Road: Okuma Nemesis 7' Reel: Shimano Alivio 2500FC Line: Kirin 15Lbs Leader: Matrix 30Lbs Please like, comment, share & SUBSCRIBE...


Eging Sotong Batu Pelanduk | DiGigit Sea Snake

Salam semua... Alhamdulillah... ada juga rezeki pagi Jumaat 02/10/2020...

Lokasi: Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun Rod: Azuma S Vip Access 6'6" Reel: Shimano Sienna 2000FG Line: Lemax 12lb Leader: Matrix 30lb Lure: YamashitA 2.5g
lepas habis mancing berasa tak sedap hati... pegi hospital buat cek... Alhamdulillah semua ok... Tak ada apa2πŸ˜… Terima kasih kerana sudi menonton video ni yang tak seberapa... maklumlah tak pandai nak edit2πŸ™ˆ apa pun... Please like, comment, share & SUBSCRIBE.....

Eging Sotong | Malam

Alhamdulillah... ada juga rezeki malam tadi... dapat 4 ekor saiz biasa2 jerrr... sekali lagi saya memohon maaf kerana video gelap tidak jelas... mohon maaf ya...


Lokasi: Pantai Teluk Bidara@Seberang Pintasan, Dungun Rod: Azuma S Vip Access 6'6" Reel: Shimano Sienna 2000FG Line: Lemax 12lb Leader: Matrix 30lb Lure: YamashitA 2.5g Terima kasih kerana sudi menonton video ni yang tak seberapa... maklumlah tak pandai nak edit2πŸ™ˆ apa pun... Please like, comment, share & SUBSCRIBE.....

Eging Sotong | Pantai Tanjung Jara | Teluk Bidara

Alhamdulillah... walaupun kurang sotong, ada lah juga rezeki hari ni... mungkin Dia dah bagi Cebok minggu lepas kut... jadi minggu ni kurang😊 apa pun Alhamdulillah....Syukurrrrr.

Rod: Azuma S Vip Access 6'6" Reel: Shimano Sienna 2000FG Line: Lemax 12lb Leader: Matrix 30lb Lure: YamashitA 2.5g Terima kasih kerana sudi menonton video ni yang tak seberapa... maklumlah tak pandai nak edit2πŸ™ˆ apa pun... Please like, comment, share & SUBSCRIBE.....

Family | Fishing

Santai2 bersama keluarga jerrrr.... Ikan: Bulus & Kapur(Smallspotted Dart) Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Teknik: Tambang / Suft Casting Umpan: Hirisan udang & potongan roti Perambut: Apolo 3 mata
Road: Okuma Nemesis 7' Reel: Shimano Sienna 4000 Line: Matrix 30Lbs Road: Abu Garcia Sea Caster 6'.6" Reel: Shimano Alivio 2500FC Leader: Matrix 30Lbs Line: Kirin 15Lbs Please like, comment, share & SUBSCRIBE...


Alhamdulillah...Cebokkk

Alhamdulillah... rezeki hasil pada 03/09/2020 Khamis... Mohon maaf video tak berapa jelas kerana gelap malam, tangan pula basah penuh dengan pasi sotongπŸ˜…

Rod: Azuma S Vip Access 6'6"
Reel: Shimano Sienna 2000FG
Line: Lemax 12lb
Leader: Matrix 30lb
Lure: YamashitA 2.5g

Please like, comment, share & SUBSCRIBE......


Kapurrrr | Kuala Abang | Pantai Yang Indah

Ikan: Kapur / Smallspotted Dart Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Teknik: Tambang / Suft Casting Umpan: Hirisan udang & potongan roti Perambut: Apolo 3 mata
Road: Okuma Nemesis 7' Reel: Shimano Sienna 4000 Line: Matrix 30Lbs Road: Abu Garcia Sea Caster 6'.6" Reel: Shimano Alivio 2500FC Leader: Matrix 30Lbs Line: Kirin 15Lbs Please like, comment, share & SUBSCRIBE


Kejernihan Air | Pantai Teluk Bidara

Kejernihan air Laut China Selatan sesuai untuk beriadah, berkelah, memancing sambil bermain air dan pasir halus keemasan yang menarik, boleh juga melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan angin pantai yang mendayu. Penyu juga turut datang ke kawasan pantai ini sewaktu musim penyu bertelur antara bulan Mei - September.

Lokasi: Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu.
Jangan lupa.... Like, comment, share & SUBSCRIBE

My Son | Casting | Sikang

Casting/fishing di sungai yang indah.. Sungai Kelemin/Kelmin, Kampung Talong, Jerangau Dungun, Terengganu. Kelebihan lokasi..Terdapat tempat perkelahan, tapak perkhemahan, lubuk ikan serta air yang jernih, sejuk, nyaman dan segar.Ikan Sikang(Raiamas Guttatus) atau Malayan Trout cukup dikenali kaki pancing layang yang tahu `keterujaan' memancingnya. Spesis yang dianggap kurang popular jika dibandingkan dengan negara luar.

Spesis trout ini kebiasaannya boleh ditemui di kawasan sungai air yang sejuk lebih-lebih lagi di kawasan jeram. Jangka hayatnya bergantung kepada jenisnya, walau bagaimana pun ikan ini amat popular dikalangan kaki pancing di US/Europe namun di Malaysia tidak kurang hebatnya walaupun bilangan ikan ini sudah berkurang.


Please like, comment, share & SUBSCRIBE


Sotong | Mabang | Seberang Takir

Salah satu port memancing terkenal di Negeri Terengganu iaitu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir daerah Kuala Nerus, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini adanya rumah-rumah api, penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk dan adanya juga jambatan angkat serta pesisir pantai yang cantik dan terkenal seakan berada di Miami Beach.
Port inilah yang menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan laut dan ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Gerepuh, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Sotong Mabang / Mengabang / Ngabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan Sotong Mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih bila ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torak.
Teknik: Casting
Lokasi: Pantai Benteng Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Lure: YamashitA 2.2g & 2.5g
Road: Azuma Vip Access 6'.6"
Reel: Shimano Alivio 2500FC
Leader: Matrix 30Lbs
Line: Power King 8Lbs

Please....... Like, share, comment & SUBSCRIBE

Mabangggg 2

Sotong Mabang / Mengabang / Ngabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan Sotong Mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih bila ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torak.
Teknik: Casting
Lokasi: Pantai Sura Hujung & Pantai Teluk Gadung, Dungun
Lure: Yamashita 2.2g & 2.5g
Road: Abu Garcia Sea Caster 6.6"
Reel: Shimano Alivio 2500FC
Leader: Matrix 30Lbs
Line: Power King 8Lbs

Please Like, share, comment & SUBSCRIBE

Kawanan Ikan | Sura Hujung | Dungun

Lokasi: Pantai Sura, Sura Hujung, Dungun, Terengganu. Bersebelahan dengan Hotel UiTM Kampus Dungun.
Masa: 10:39am
Please like, comment, share & SUBSCRIBE


Mabangggg

Sotong Mabang / Mengabang / Ngabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan Sotong Mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih bila ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torak.
Teknik: Casting Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Dungun Lure: Yamashita 2.2g & 2.5g Road: Azuma Vip Access 6.6" Reel: Shimano Alivio 2500FC Leader: Matrix 30Lbs Line: Power King 8Lbs Please....... Like, share, comment & SUBSCRIBE

Fishing Trip | Lubuk Panjang | Sungai Kelemin | Memories

Fishing trip at Lubuk Panjang Sungai Kelmin/Kelemin, Jerangau Dungun, Terengganu, which is a member of the SMSO98 group.
Please like, comment, share & SUBSCRIBE

Indah | Tanjung Jara | Teluk Bidara

Sebelum tu mohon like, comment, share & SUBSCRIBE

Lokasi: Pantai Tanjung Jara & Pantai Teluk Bidara, terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia.
Maaf tak ada hasil memancing video ni, misi hendak cari Sotong Mabang lagi, sudah pergi cuba dua spot memancing tapi apa kan daya, tak ada rezeki kumpauπŸ˜…πŸ˜‚ air dah cantik, memang air sotong, biasanya kalu air macam ni sekurang2nya dapat juga 2 ekor, Alhamdulillah... tak ada rezeki nak buat macam mana😊

Spot Menarik | Batu Pelanduk

Pantai Batu Pelanduk...Kuala Abang, Dungun, Terengganu, letaknya kira-kira 10km ke utara dari Kuala Dungun, dan 65km dari bandar Kuala Terengganu. Pantai ini terkenal dengan tekstur tanah dan bebatuan yang unik serta sebuah batu besarnya yang seakan pelanduk, yang tingginya kira-kira 20 kaki. Pantai ini berjiran dengan Pantai Rantau Abang.

Don't forget to...
Like, comment, share & SUBSCRIBE

Kapur | Smallspotted Dart | Pantai Kuala Abang

Ikan: Kapur / Smallspotted Dart
Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Teknik: Tambang / Suft Casting
Umpan: Hirisan udang & potongan roti
Perambut: Apolo 3 mata
Please like, comment, share & SUBSCRIBE...

Fishing | Squid | Teluk Bidara | Bukit Belah


Assalamualaikum... Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkunjung, salam kenal dan salam sukses selalu... Jangan lupa like, comment, share & SUBSCRIBE... Happy watching...

Sotong Mengabang / Mabang / Ngabang...
Lokasi Pantai Teluk Bidara & Muara Sungai Bukit Belah Seberang Pintasan Dungun, Terengganu.

Fresh scenery

Kelebihan lokasi Sungai Kelemin/Kelmin ini terdapat tempat perkelahan, tapak perkhemahan, lubuk ikan untuk memancing dan air yang jernih, sejuk, nyaman, segar sesuai untuk beriadah & bermandi manda bersama keluarga.
Please like, comment, share & SUBSCRIBE >> siakappaka

Sotong Mabang | Teluk Bidara

Sotong Mabang @ Mengabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih bila ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torok.
Teknik: Casting
Masa: Pagi
Lokasi: Pantai Tanjung Jara & Teluk Bidara Dungun
Lure: Yamashita 2.2g
Road: Okuma Nemesis 7.0"
Reel: Shimano Alivio 2500FC
Leader: Matrix 30Lbs
Line: Power King 8Lbs

Please like, comment, share & subscribe >> siakappaka

Mandi KumpauπŸ˜…πŸ˜‚

Lokasi memancing di tapak perkelahan yang terindah..Sungai Kelemin/Kelmin, Kampung Talong Jerangau, 23000 Dungun, Terengganu.
Kelebihan lokasi..Terdapat tempat perkelahan, tapak perkhemahan, lubuk ikan untuk memancing dan air yang jernih, sejuk, nyaman, segar sesuai untuk beriadah dan bermandi manda bersama keluarga.

Please like, comment, share My Youtube channel & don't forget to Subscribe >> siakappaka

Damai | Sungai Melung@Melong | Kampung Minda

Keindahan Sungai Melung@Sungai Melong dan kawasannya yang sangat indah dan damai. Lokasi tempat di Kampung Minda Jerangau, Dungun, Terengganu.

Please like, comment, share & subscribe >> siakappaka

Si Sikang | Sungai Kelemin

Casting/fishing di sungai yang indah.. Sungai Kelemin/Kelmin, Kampung Talong, Jerangau Dungun, Terengganu. Kelebihan lokasi..Terdapat tempat perkelahan, tapak perkhemahan, lubuk ikan serta air yang jernih, sejuk, nyaman & segar.

Ikan Sikang (Raiamas Guttatus) atau Malayan Trout cukup dikenali kaki pancing layang yang tahu `keterujaan' memancingnya. Spesis yang dianggap kurang popular jika dibandingkan dengan negara luar.
Spesis trout ini kebiasaannya boleh ditemui di kawasan sungai air yang sejuk lebih-lebih lagi di kawasan jeram. Jangka hayatnya bergantung kepada jenisnya, walau bagaimana pun ikan ini amat popular dikalangan kaki pancing di US/Europe namun di Malaysia tidak kurang hebatnya walaupun bilangan ikan ini sudah berkurang.

Please like, comment, share & subscribe >> siakappaka



Mandi | Mancing | Keindahan Sungai Kelemin

Mandi dan memancing di sungai yang indah.. Sungai Kelemin/Kelmin, Kampung Talong, Jerangau Dungun, Terengganu.
Kelebihan lokasi..Terdapat tempat perkelahan, tapak perkhemahan, lubuk ikan untuk memancing dan air yang jernih, sejuk, nyaman, segar sesuai untuk bermandi manda. Please like, comment, share & subscribe >> siakappaka

Kehijauan Paya Melong

Ku lihat hijau... menyejutkan mataku... mendamaikan fikiranku... cherrrπŸ˜… sebenarnya tak ada idea nak buat video, sekarang telah masuk musim PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Malaysia #Stay at home #Hentikan Covid19
Jadi hanya merakam video kehijauan kawasan sawah padi di lokasi Paya Melong Kampung Minda, Jerangau Dungun, Terengganu πŸ‡²πŸ‡Ύ

Please like, comment, share & subscribe >> siakappaka

Haruan/Gabus Sungai Minda

Rakaman sebelum PKP.
Please like, comment, share & subscribe.

Teknik: Suftcasting / Tambang
Perambut: 1 mata
Saiz mata kail: 9 / 11 jenama Fish Hooks
Umpan: Cengkerik, cacing
Road: Batang Salak
Masa: 09:00am - 11:25am
Lokasi: Sungai Minda, Kampung Minda, Jerangau, Dungun, Terengganu, Malaysia.
Info:i Di Malaysia di kenali Haruan, di Indonesia di kenali Gabus, ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesis asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau, didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara.

Terdapat 30 spesis ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia iaitu Haruan, Ruanjuk, Bujuk dan Red Tailed Snakehead. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah satu keluarga tetapi berlainan spesis.

Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya sekitar 1kg.

Mandi Sungai Minda Talong

Rakaman sebelum PKP Perintah Kawalan Pergerakan. Keindahan kedamaian kawasan sungai di Kampung Minda/Minda Talong, Jerangau, Dungun, Terengganu Malaysia.
Beginilah jadinya keadaan air sungai ketika di musim kemarau pada setiap tahun, kebiasaannya paras air sungai ini normal, bila musim kemarau/panas biasanya paras air sungai menjadi cetek sesuai sangat untuk bermandi manda dan dikatakan juga sungai ini terdapat lubuk ikan terbaik seperti Lampam, Patin, Baung dan Udang Galah.

Like, comment, share & subscribe>> siakappaka https://www.youtube.com/user/siakappaka

Tinfoil Barb | Lampam

Tinfoil Barb | Lampam | Sungai Kampung Minda
Rakaman sebelum PKP Perintah Kawalan Pergerakan.

Keindahan kedamaian kawasan sungai di Kampung Minda, Jerangau Dungun.

Lampam spesis air tawar yang kini semakin kurang popular kerana ikan ini kurang dan sukar diperolehi dipasaran. Ikan ini ada beberapa jenis tetapi spesis ekor merah dikatakan spesis yang ada harga lebih tinggi dipasaran. Spesis ini tergolong dalam genus Puntius iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat dalam sungai-sungai di Malaysia.

Teknik: Suftcasting / Tambang
Saiz mata kail: 9 jenama Fish Hooks
Joran: Batang daun salak
Umpan: Belalang, cengkerek & cacing
Masa: Pagi, sekejap jer nak rakam video jer πŸ˜…
Lokasi: Sungai Kampung Minda, Jerangau, Dungun.

Please like, comment, share & subscribe >>
siakappaka

Sungai Minda | Sungai Dungun

Keindahan kedamaian kawasan sungai di Kampung Minda, Jerangau Dungun.

Rakaman sebelum PKP Perintah Kawalan Pergerakan, nak keluar memancing tak boleh, cari balik video video yang belum diupload, bagi mengisi masa boring di rumah.

πŸ˜… ingat! semua "Just stay at home" bukan home stay, home stay kena bayorr πŸ˜… Ayuh! Hentikan Penularan Wabak #COVID19

Please like, comment, share & subscribe Siakappaka https://www.youtube.com/user/siakappaka

Smallspotted Dart | Ikan Kapur

Rakaman ini dirakam sebelum PKP Perintah Kawalan Pergerakan.

Teknik: Suftcasting / Tambang
Perambut: Apolo 3 mata
Saiz mata kail: 11 jenama Fish Hooks
Umpan: Hirisan udang
Masa: Petang
Lokasi: Pantai Tanjung Jara & Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Please like, comment, share & subscribe my youtube channel >> https://www.youtube.com/user/siakappaka


Fishing Smallspotted Dart - 4

Video ini diambil pada 17/03/2020 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac - 31 Mac 2020.

Teknik: Suftcasting / Tambang
Perambut: Apolo 3 mata
Saiz mata kail: 11 jenama Fish Hooks
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:50pm - 07:25pm
Lokasi: Pantai Tanjung Jara & Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Memancing Ikan Kapur - 3

Teknik: Casting & suftcasting
Perambut: Apolo 3 mata
Saiz mata kail: 11 jenama Fish Hooks
Umpan: Hirisan udang
Masa: 05:55pm - 07:20pm
Lokasi: Pantai Tanjung Jara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Ikan Kapur Teluk Bidara


Teknik: Casting & suftcasting
Perambut: Apolo bulu 4 mata
Saiz mata kail: 11 & 12, jenama Fish Hooks
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:55pm - 07:35pm
Lokasi: Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Memancing Ikan Kapur - 2

Teknik: Casting & suftcasting
Perambut: Apolo bulu 4 mata
Saiz mata kail: 11 & 12, jenama Fish Hooks
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:55pm - 07:25pm
Lokasi: Pantai Tanjung Jara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Anak Ikan Kapur

Teknik: Casting
Perambut: Apolo bulu 4 mata
Saiz mata kail: 12, jenama Fish Hook
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:45pm - 07:15pm
Lokasi: Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Mandi Sungai Kelemin

Berkelah & bermandi manda bersama keluarga di Sungai Kelemin, Kampung Talong, Jerangau Dungun. Maaf view tidak cantik disebabkan air sungai besar, laju & keruh kerana pagi tadi dalam pukul 03:00am hujan turun dengan lebatnya hingga pukul 08:00am.

Kawasan perkelahan ini terletak di Kampung Talong, Jerangau, Hulu Dungun, Terengganu. Jarak lokasi dari bandar Dungun ke kawasan ini 54km lebih kurang 40 minit. Jika ke lokasi ini pasti anda akan berpuas hati kerana dapat menikmati keindahan tempat yang cantik, menarik, air sungainya yang sejuk, boleh memancing dan juga dapat bergambar berlatarbelakang hutan yang hijau.

Video lagi...

Bersantai | Pantai Kuala Kertih

Tajuk hari ini Bersantai di Pantai Kuala Kertih, kenapa bersantai biasanya tajuk memancing.... kerana saya kumpauuuu πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚ 3, 4 hari ni tak ada ikan hairan πŸ€” di pantai lain pun tak ada juga, mungkin ikan belum masuk lagi kut di perairan pantai πŸ€” atau nak suruh pergi mancing Siakap di sungai la tu πŸ˜ƒπŸ˜‰πŸ˜Ž mohon support dari kawan2 maklumlah baru belajar memancing dan baru nak mula upload video dalam youtube banyak menda lagi yang perlu belajar dalam dunia youtuber ni, bagi yang berminat mohon like share comment & subscribe.

Memancing Ikan Kapur - 1

Teknik: Suftcasting/Tambang
Perambut: Apolo 4 mata
Saiz mata kail: 11, jenama Fish Hook
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:50pm - 07:20pm
Lokasi: Pantai Tanjung Jara Dungun

Fishing at Sea

Memories... Video when i fished with best friend in Kuala Terengganu sea.

Fishing Smallspotted Dart - 3

Technique: Suftcasting
Head: Apolo 4 points
Hook size: 11, Fish Hook brand
Feed: Shrimp cut
Time: 07:00pm - 07:32pm
Fishing location: Tanjung Jara Beach, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Kenangan Bersama Sifu Ikan Sangkar

Memori bersama sifu ikan sangkar Pak Karim, ternakan Tilapia ini mengambil masa hampir 5 bulan untuk dijual, bermula memasukkan 2000 ekor anak ikan di kedua-dua sangkar, setiap sangkar 1000 ekor. Lokasi ternakan di Sungai Paka, Dungun, Terengganu.

Kawasan Perkelahan Sg. Kelemin

Kawasan perkelahan ini terletak di Kampung Talong, Jerangau, Hulu Dungun, Terengganu. Jarak lokasi dari bandar Dungun ke kawasan ini 54km lebih kurang 40 minit. Jika ke lokasi ini pasti anda akan berpuas hati kerana dapat menikmati keindahan tempat yang cantik, menarik, air sungainya yang sejuk, boleh memancing dan juga dapat bergambar berlatarbelakang hutan yang hijau.

Waves Come Again on the East Coast

Waves Come Again on the East Coast | Monsoon season 2019/2020

Weather Info:

Date: 18/02/2020 Tuesday
Weather: Overcast
Time: 7:04 pm
Temperature: 26c
Waves: 1.5m
Wind: Northeast 27kph
Locations: Pantai Teluk Lipat & Pantai Tanjung Jara Dungun, Terengganu

Crab Fishing

Ketam Ragi / Ketam Kuning / Moon Crab.. Biasanya ditemui di pesisir pantai sehingga kedalaman 20meter.. mencapai kematangan saiz pada 3-5cm.. Lokasi memancing di Pantai Tanjung Jara Dungun.

Fishing Smallspotted Dart - 2

Technique: Suftcasting
Head: Apolo 4 points
Hook size: 11, Fish Hook brand
Feed: Shrimp cut
Time: 06:30 pm - 07:20 pm
Location: Tanjung Jara Beach, Dungun, Terengganu, Malaysia

Ikan Kapur Tanjung Jara

Teknik: Suftcasting/Tambang
Perambut: Apolo 3 mata
Saiz mata kail: 11, jenama Fish Hook
Umpan: Hirisan udang
Masa: 06:15pm - 07:10pm

Ombak Terakhir | Tengkujuh 2020

Bermula lah ombak Terakhir Tengkujuh Pantai Timur 2020...

[ Info Cuaca ]
Tarikh: 02/02/2020 Ahad
Cuaca: Mendung
Masa: 10:18am
Suhu: 26c
Ombak: 1.7m
Angin: 22kph Timur Laut
LokasI: Pantai Teluk Lipat Dungun, Terengganu.

* Lepas ni buka musim lah..InsyaAllah air laut akan kembali tenang menunjukkan sudah berakhir musim tengkujuh di Pantai Timur..seronok lah kaki kaki pancing lepas ni...

Fishing Smallspotted Dart - 1

The most abundant species in Southeast Asia live in groups in the waves. The mouth of this fish is small, it is necessary to use small hooks for fishing.
Fishing location: Tanjung Jara Beach, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, Malaysia.

Senyonyo | Bawal Emas

2 ekor Senyonyo@Bawal Emas berjaya didaratkan petang semalam 13Jan di Lokasi Pantai Sura Dungun.
Kredit buat Amer

Hasil Petang 12JAN20

Berkapur lagi... masih banyak lagi si ikan Kapur bermain di perairan pantai timur Malaysia ini di mana ada ombak di situlah spesis ini bermain terutama di awal dan penghujung musim tengkujuh di Terengganu. Cuma saya nak tahu maklumlah budak baru nak belajar dalam wiki ikan ini namanya Smallspotted Dart tapi di Malaysia ikan ini sebenarnya dipanggil apa ya?

Please like, comment & subscribe My YouTube Channel Siakappaka

Hasil Awal 2020


Hasil permulaan musim tahun baru minggu pertama Januari 2020...Masih lagi dalam musim tengkujuh...Selamat Tahun Baru 😍😘

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers