Spesis terkenal dengan ekor V yang panjang, berbentuk seperti rombus dan sedikit cembung, kelihatan lebar, mulut dan matanya agak kecil. Rahang atas dan bawah juga tidak boleh membuka dengan luas sesuai dengan mata kail bersaiz kecil dan halus untuk memancingnya. Diliputi sisik halus berwarna putih beserta 3 bintik hitam pada setiap belah bahagian badannya. Spesis yang sangat banyak terdapat di Asia Tenggara yang hidup berenang secara berkumpulan di dalam ombak, senang cerita ada ombak ada dia, ada Kerong ada juga dia, kerana spesis Kerong gemar berenang bersama ikan Kapur.
Lokasi memancing: Pantai Seberang Pintasan Dungun.
0 comments:
Post a Comment