background img

Kesan Air Banjir

Kesan paras air banjir gelombang ke 2 pada 17/12/2019 yang lalu di lokasi Kampung Minda Jerangau, Dungun Terengganu.

Snap Pic - Pantai Batu Rakit

Batu Rakit ialah sebuah mukim dan bandar kecil di daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Batu Rakit mendapat namanya daripada pembentukan batu berbentuk rakit yang terletak berhampiran pantainya. Pantai Batu Rakit merupakan tempat menarik yang sangat memukau untuk kita singgah dan merupakan antara tempat pantai yang sangat terkenal di negeri ini. Batu yang kelihatan timbul di dalam gambar menunjukkan itulah Batu Rakit, pada batu itu telah dibina tiang lampu sebagai isyarat untuk para nelayan pulang dari laut ketika malam. Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia yang belum pernah datang ke pantai ini. Justeru itu jangan lepaskan peluang jika anda datang ke negeri Terengganu Darul Iman.

Semasa & Selepas Banjir | Kg Minda Dungun

Perbezaan paras air semasa dan selepas banjir gelombang pertama pada 29/11/2019 di Kampung Minda, Jerangau Dungun, Terengganu. Sekarang ni paras air sungai masih lagi dikatakan agak besar kerana masih lagi dalam musim tengkujuh.

Info Cuaca Pantai Dungun


Cuaca: Mendung
Masa: 8:50am
Suhu: 26c
Ombak: 1.9m
Angin: 34kph Timur Laut
LokasI; Pantai Teluk Lipat Dungun, Terengganu

Ombak Tengkujuh

Jangan jadi seperti tengkujuh nafsu amarah dalam diri... kalu dang maroh habis rosok... jengg... Jadilah seperti laut yang tenang... Laut adalah simbolik pada diri makin selam makin byk rahsia yang diketahui bermacam2 spesis hidupan di dalam laut yg belum diketahui begitulah pada diri... cer wah 😊

Lokasi: Pantai Teluk Lipat Dungun, Terengganu.

Channa Micropeltes

Toman/Snakeheads tergolong dalam ikan air tawar jenis karnivor atau pemangsa yang banyak didapati di kawasan paya, tasik, pertanian, perlombongan, kebun-kebun kelapa sawit di Malaysia.
Panjangnya dapat dibezakan melalui sirip dorsal, memiliki mulut yang sangat besar dan gigi-gigi yang berkilat dan diberitakan spesis ini suka menggigit manusia.
Berat: 9.7kg
Pemancing: Wary Dagang

Tengkujuh Pantai Timur - Dungun

Negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor.

Ketika itu, negeri-negeri akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, hakisan pantai dan sebagainya. Contoh hakisan pantai di Lokasi Pantai Teluk Gadung Dungun, Terengganu.

Banjir Kg. Minda Jerangau, Dungun.

Info Banjir... 21/11/2019 Khamis: Air Sungai Dungun mulai besar di Kg. Minda Jerangau Dungun, Terengganu kerana hujan lebat seharian. Video ini diamabil pada 23/11/2019 Sabtu dan ketika ini air dah mulai surut. Ini baru gelombang pertama tak tahu lagi bagaimana pula situasi pada gelombang ke2 dan ke3, harap-harap banjir pada tahun ini tak besar mana seperti tahun lepas InsyaAllah.

Ikan Bebulus (Bulus)

Bulus / Sillago Sihama / Silver Sillago, sejenis ikan laut bersaiz kecil, dikenali juga sebagai ikan Puntung Damar Perak, di utara semenanjung pula lebih dikenali dengan nama Puting Damaq. Terdapat hampir di seluruh pantai di negara ini, aktif semasa air mulai pasang untuk mencari makanan dan saat inilah yang ditunggu kaki pancing untuk melepaskan gian, kena musim jawabnya makan tak habis lah.

Lazimnya musim Bulus pada bulan 1/2/3 di Pantai Timur Semenanjung biasanya akan diikuti oleh ikan Pari dan Gelama. Ini kerana spesis ini menjadi diet utama si ikan Pari, sambil memancing Bulus dapat yang kecil sesuai dijadikan umpan Pari dan boleh juga dijadikan umpan ikan Kerapu Mega.
Gunalah mata kail bersaiz kecil untuk memancing Puting Damaq ni kerana mulutnya kecil dan runcing, admin gemar menggunakan saiz 11 jenama Fish Hooks/Eagle Wave manakala umpan pula selalunya hirisan ikan Selar Kuning atau udang pasar yang segar, untuk set pancingan pula lebih gemar menggunakan yang ringan untuk elak kepenatan semasa menggarau.

Khabarnya harga sekarang RM15 sekilo di Pantai Timur bergantung pada saiz, boleh tahan juga dengan harganya mungkin spesis ini jarang-jarang ada di pasar atau market, biasanya admin gemar buat celup tepung dan goreng halus yum yum mabeles.

Smallspotted Dart

The smallspotted dart(Trachinotus baillonii) adalah spesis pompano Indo-Pasifik dalam keluarga Carangidae boleh mencapai panjang maksimum 60cm(24in) dan berat maksimum 1.5kg(3.3lb). Warna badan berbeza dari keperakan biru ke kelabu di atas, dengan beberapa bintik hitam kecil di tepi. Bilangan bintik-bintik ini bertambah dengan usia. Ikan ini berwarna perak di bawah. Ia mempunyai sirip besar, kuat, ekor panjang yang bercabang dan mulut sempit.
Teknik: Surf casting, perambut apolo 2 atau 3 mata kail.
kalau nak memancing ikan ini lokasinya di pantai, cukup lontar dekat sahaja ia banyak bermain kawasan tepi pantai/gigi ombak, selalu muncul time ombak kuat,ikan bermain kat ombak air.
Umpan: Udang pasar potong kecil-kecil.
Mata kail: Saiz 11/12, admin suka pakai saiz 11 jenama Eagle Wave.
Lokasi: Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan Dungun.
Memancing sambil bermain air di pantai...

Ikan Kapur

Spesis terkenal dengan ekor V yang panjang, berbentuk seperti rombus dan sedikit cembung, kelihatan lebar, mulut dan matanya agak kecil. Rahang atas dan bawah juga tidak boleh membuka dengan luas sesuai dengan mata kail bersaiz kecil dan halus untuk memancingnya. Diliputi sisik halus berwarna putih beserta 3 bintik hitam pada setiap belah bahagian badannya. Spesis yang sangat banyak terdapat di Asia Tenggara yang hidup berenang secara berkumpulan di dalam ombak, senang cerita ada ombak ada dia, ada Kerong ada juga dia, kerana spesis Kerong gemar berenang bersama ikan Kapur.

Repeat Mancing Asuh di Sungai

Repeat yang petang semalam... "Test main Asuh di Sungai Paka, Dungun"...



Mancing Asuh

Test mancing Asuh di Sungai Paka, Dungun petang semalam 09/09/2019




Hasil Di Pelor

Lokasi: Pelor, Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu,




Port Mancing Seberang Pintasan

Hebatnya Kampung Seberang Pintasan Dungun ini kerana adanya tempat memancing seperti Batu Payung, Bukit Belah, Bawah Jambatan, Sungai Pimpin, Tanjung Jara dan Teluk Bidara menjadikan ia sebagai tempat utama pemancing-pemancing berkunjung ke sini. Kampung ini dahulunya seakan terpisah dari dunia luar dan mengalami perubahan drastik apabila terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan 12 tahun lalu sekaligus menambahkan lagi kemudahan bagi kaki-kaki pancing dan pengunjung untuk datang ke mari yang sememangnya tersohor dengan spesis-spesis terbaik seperti Sotong, Siakapmerah, Siakapputih, Kerapu, Gelama, Pari, Kuku, Gerepuh, Jenahak, Kurau, Ebek, Talang, Gerong dan sebagainya.


Kuala Kertih

Port memancing yang terkenal dengan spesis Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kerapu dan Talang ini terletak di Kerteh, salah satu tempat terpenting di daerah Kemaman. Dulu kawasan Kerteh ini adalah kawasan rawa dan dipenuhi dengan air.
Kemudian tempat yang berawa ini kering dan berubah menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' dalam Bahasa Terengganu, akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang Kerteh/Kertih.


Seberang Takir Kini

Salah satu port memancing terkenal di Negeri Terengganu iaitu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir daerah Kuala Nerus, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini adanya rumah-rumah api, penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk dan adanya juga jambatan angkat serta pesisir pantai yang cantik dan terkenal seakan berada di Miami Beach.
Port inilah yang menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan laut dan ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Gerepuh, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Masjid Kg. Seberang Takir yang sekarang ini giat dibina berhampiran sungai dan jeti bot penambang yang pastinya akan menjadi tarikan pengunjung kerana lokasinya yang strategik dan pemandangan yang cantik.

Penyu Rantau Abang

Penyu bertelur pada 01/08/2019 di Rantau Abang sebuah tempat pelancongan yang terletak di 22km utara dari Kuala Dungun dan 80km dari Kuala Terengganu, tempat yang terkenal dengan kehadiran penyu-penyu bertelur di antara bulan Mac hingga Ogos. Mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam sesuai penyu mendarat di pantai tersebut.

Misi Kaloi

Misi mencari Kaloi Julai 2019 di Empangan Kelau, sebuah empangan di Pahang setinggi 30m seluas kawasan 24km persegi di Sungai Kelau, Raub, Pahang di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor. Kaloi (Osphronemus goramy) adalah satu spesies ikan sepat besar yang berasal daripada Asia Tenggara. Spesis ini mempunyai kepentingan komersial sebagai sejenis ikan untuk dijadikan makanan dan juga banyak diternak secara akuakultur. Ia boleh dibeli sebagai ikan hiasan. Selain itu, ikan Kaloi juga digunakan untuk mengawal rumpai kerana merupakan sejenis ikan herbivor yang pelahap.
Ikan Kaloi hidup di dalam air tawar atau payau, terutamanya di kawasan aliran perlahan seperti paya, tasik, dan sungai besar. Ia mampu bernafas dengan menggunakan udara lembab, oleh itu ia mampu hidup tanpa air untuk jangka masa yang lama. Ikan Kaloi bersaiz lebih besar daripada kebanyakan jenis gourami, membesar sehingga panjang maksima 70 cm (28 in), meskipun kebanyakannya hanya bersaiz sekitar 45 cm (18 in). Dari segi warnanya, ia berwarna pucat sehingga kuning emas, dengan sisik perak, jalur biru pucat yang merentasi badannya secara menegak. Ikan betina boleh dikenali dengan bibir mulut yang lebih tebal ia membuat sarang dengan menggunakan rumpai dan ranting pokok.

Kredit buat Wan Junior & The Geng.

Mengabang

Mabang @ Mengabang spesis buruan ramai kaki pancing. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Mempunyai badan bercorak cantik ketika hidup dan berwarna putih setelah ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak dan torok.
23/07/2019

22/07/2019

Teknik: Gewang
Pemancing: Admin
Masa memancing: 11pm 22 & 23 Julai 2019
Lokasi: Pantai Teluk Lipat Dungun

TANDA-TANDA ARIFBILLAH

Abaikan gambar di bawah..

Seperti kata guruku, tanda-tanda orang Arifbillah (Wali Allah) itu adalah:

1. Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.

2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.

3. Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.

5. Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.

6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.

7. Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.

8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.

9. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.

10. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah kalangan ulamak. Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.

11. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.

12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah bahwa dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah). Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperlikan ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.

13. Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.

Kerabat Paloh

Aktiviti Geng

Aktiviti Geng Siakappaka setiap hari di bulan Julai 2019.

Pagi



Petang

Malam




Memori ke Lubuk Panjang

Memori ke Lubuk Panjang Sungai Kelmin, Jerangau Dungun dalam misi memburu Sebarau & Kelah pada Mac 2019 yang dianggotai dari group SMSO98.


Keindahan di Port Memancing

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud).
*Bonus bagi pemancing sering melihat lautan ketika memancing 😊
*Tapi kalu difikir balik 🤔kenapa 4 perkara ni.. kenapa dgn melihat lautan dah dapat pahala..apa rahsianya 🤔..siapa tahu tolong bagi tau ya?

Ruan/Haruan

Spesis karnivor yang boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur, kebiasaannya didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah serta muara sungai dan beratnya hanyalah sekitar 2kg.
Lokasi di Kg. Tepuh Kuala Terengganu,
Lokasi di Hutan Lipur Dungun, kredit buat Bro Madi

Sg. Tebing Tembah 2019.

2019 Sungai Tebing Tembah atau dikenali dengan nama sinonimnya Pelor yang terletak di Paka daerah Dungun, terkini aktiviti pembuatan benteng giat dijalankan di seberang sungai.


Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers