background img

JAGA-JAGA, TERGELINCIR

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu. Sang imam berkata : "Jaga-jaga, Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir".

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. "Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi. "Nu'man namaku", jawab sang imam. "O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu..??", tanya si budak. "Bukan aku yang memberi gelaran itu, Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab sang Imam. "Wahai sang Imam, berhati - hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi
gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api neraka yang kekal jika KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' dari seorang budak kecil... Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yg begitu dalam maknanya, justeru datang dari lidah seorang budak... Saudaraku tercinta... Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN/TITLE, tertipu kerana posisi yang DIMULIAKAN, tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelaran HAJI/HAJJAH, USTADZ, AL-MUKARROM, SYAIKH dan sebagainya... Mari kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN...

Agar jangan sampai kita tergelincir... Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia... INGATLAH... "Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai daripada seribu tangan yg menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan..." Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita... Kerana sahabat yg baik adalah pelita/lentera di kegelapan... Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap... KETAHUILAH... "TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi"...(Hadits Riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARI SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'... "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan"...


0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers