Sejenis spesies yang hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek, ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu-batu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau.
Dari segi fizikal ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spesies Senangin yang berlainan warna, tetapi selalunya kerap ditemui adalah berwarna putih keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling badannya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.
Ia boleh mencecah berat antara 1 - 4kg, kadangkala ia juga mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18kg bergantung kepada keadaan persekitarannya dan ia boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Tahniah diucapkan kepada Amer, Syawal & Keman yang berjaya memancing spesies ini di lokasi Muara Sungai Kuala Dungun berumpankan hirisan udang.
Ekpedisi Gunung Angsi via Bukit Putus
-
Last week punya cerita..
Gunung angsi nih nombor *189* dalam Malaysia.. mempunya ketinggian *825m*..
Kalau naik gunung angsi dari Bukit Putus, laluan nya x...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment