3 analogi menarik daripada intipati khutbah Jumaat:
- Banjir kerap blaku di Pantai Timur, sesiapa yang membuat persediaan dengan meninggikan rumah, menyediakan sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakan bekalan makanan mencukupi dan lain-lain lagi, maka dia akan selamat daripada keperitan bencana banjir. Demikianlah kematian dan hari pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yang bersiap sedia untuknya, maka dia akan selamat daripada diazab.
- Bila banjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukan. Demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yang diharapkan.
- Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yang berfaraf VIP Dunia mendapat bantuan kenderaan iringan bersiren untuk melepasi kesesakan. Demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yang bertaraf VIP akhirat dapat memecut sepantas kilat, Wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment