background img

Siakap & Gewang

Siakap Putih seberat hampir 2kg yang berjaya didaratkan oleh Amer pada malam semalam dengan menggunakan kaedah pancingan casting ketika air sungai mulai pasang di lokasi Sungai Kampung Tebing Tembah Paka. Gambar jelas menunjukkan gewang yang digunakan berwarna oren kekuningan, seperti mana yang telah diketahui warna terang seperti merah, kuning dan oren adalah warna kegemaran si ikan siakap putih di waktu malam terutamanya ketika bulan mengambang manakala gewang berwarna gelap pula memberikan cahaya yang sempurna ketika mendung.
Pemerhatian yang begitu teliti boleh meningkatkan peratus kejayaan dalam aktiviti casting bukan sahaja warna gewang memainkan peranan penting, faktor-faktor lain juga perlu dititikberatkan seperti saiz, bentuk, kelajuan, kedalaman dan persembahan atau pergerakkan serta juga keadaan air(warna & pasang surutnya). Kesimpulannya, pada pendapat saya apa jua jenis warna dan bentuk gewang itu ianya tetap mampu menjerat ikan jika sekiranya kena dengan sikap kerajinan kita serta potensi persembahan dan lubuk yang terbaik itu teori saya, apa pun yang menyedarkan saya sebenarnya rezeki dari Allah Ta'ala semuanya datang dariNya.. Sekian, selamat mencasting.

2 comments:

Unknown said...

pergh.. mantap. tak pernah casting waktu malam. sibuk cari katak ja. terbaik tuan :)

komplot raya dari tepen caster
komplot raya

Unknown said...

tumpang tye bos...gewang jenis ape paling sesuai digunakan.topwater ke minow?..dan saiz leader?

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers