Dalam dua ayat berikut, Allah swt kabo doh awal-awal lagi dalam Al-Qur’an tentang dunia itu permainan semata,“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahuinya.” (surah Al Ankabut, ayat 64) ‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (surah Al Hadid, ayat 20)
Cuba kita amati....
- Minggu pertama beli kereta - kita gembira, senyum sampai ke telinga. Kita pandunya dengan megah, perasan semua orang tengok walaupun sebenarnya “Aiman tak kisah!”. Basuh 2 kali sehari mungkin. Bungkus sokmo, parking mesti cari bawah pohon redup. Burung terbang rendah atas kereta pun, radar kita boleh kesan, takutnya kereta diberak burung!. Tapi selama mana kegembiraan itu bertahan?. Apa jadi selepas sebulan/setahun/bertahun-tahun…..
- Hari pertama naik pangkat – wowwww…rasa kita hebat sangat dan orang lain tak hebat!. Naik pangkat pun rasa sebab kelebihan yang ada pada kita. Kawan-kawan ucap tahniah. Lawan (kalau ada lah) pun mengalah dan tabik kat kita. Lagilah kita berjalan tak pijak bumi. Tapi selama mana kegembiraan itu bertahan?.
- Hari/Bulan pertama kahwin – Aduhhhhh! Dunia ini ana yang punya!. Kentut pun bau wangi. Kekpong/Gendong/Usung!!. Selama mana kegembiraan bertahan? Apa jadi selepas 2/5/10 tahun kahwin?.
- Minggu pertama beli/bina rumah sendiri – kita hiasnya gile gile gilo…semua perabut import maaa…..ada design tak ikut kehendak hati sikit je, kita tukar walaupun beribu kosnya. Ada gua kisah…..gua mampu maaa…..Selama mana kegembiraan bertahan?
Apa jua keseronokan dunia..ianya akan pudar !
Justeru, rugilah kita jika fokus kita hanya pada dunia atau lebihkan dunia hingga abaikan akhirat. Selepas semua kegembiraan itu pudar, kita berhadapan dengan persoalan akhirat – sejauh mana kita menggunakan nikmat kereta, naik pangkat, pasangan/keluarga, rumah untuk memastikan kegembiraan (yang berkekalan) di akhirat?. Apa guna kita dapat kegembiraan yang sementara di dunia tetapi ianya penyebab kita terlepas kegembiraan berkekalan di akhirat!.
Semoga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment