Bantuan Segera Musim Sejuk Untuk Pelarian Warga Syria Yang Kini Berada di Jordan.
Untuk makluman semua sahabat-sahabat, bumi Jordan kini berada dalam musim sejuk (Kini menghampiri 1° Celcius dan Salji sudah mula turun). Dan kini juga terdapat puluhan ribu warga Syria yang kini hidup sebagai pelarian di bumi Jordan.
Mereka hidup dalam khemah yang serba kekurangan dan sangat memerlukan bantuan kita untuk menghadapi musim sejuk.
Jadi, bagi meringankan beban mereka, maka dibuka ruang untuk kita menderma dalam bentuk wang ringgit sebagaimana yang saya war-warkan pada sahabat-sahabat semua tadi. Sumbangan anda semua akan diuruskan oleh pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di bumi Jordan.
Antara barang-barang yang akan dibeli oleh mereka untuk warga Syria ialah:
1. Hiram (Selimut tebal dan berat - 6 hingga 8 KG)
2. Alat pemanas
3. Barang-barang keperluan yang lain.
Insya Allah bagi mereka yang berminat untuk menyumbang, anda bolehlah menyumbang dengan memasukkan ke dalam akaun seorang pelajar yang kini menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan
- Ammar Bin Roslan. Akaun Maybank - 162085569279 (Setakat ini hanya akaun Maybank yang ada)
Akaun ini telah dikosongkan khas untuk sumbangan-sumbangan anda. Insya Allah sumbangan anda sepenuhnya akan digunakan untuk bantuan rakyat Syria ini. Untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi beliau di ammarbinroslan@gmail.com
Insya Allah setiap sen yang kita sumbangkan takkan sekalipun kita rugi. Ganjaran Allah pasti akan menanti di Syurga kelak. Menyumbanglah walaupun sedikit.
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." ( Al- Baqarah : 245 ) — with
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment