background img

Pesta Kerang, Dungun.

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis

Asuh & Tenggiri

Berat Asuh: 800g... Berat Tenggiri: 6kg... Teknik: Bottom fishing... Umpan: Hirisan ikan & anak ikan... Pemancing: Tajo & Shafie... Lokasi: Perairan laut Teluk Lipat Dungun.
Tenggiri: Tergolong dalam spesis yang terbesar sehingga dapat mencapai panjang 220cm. Spesis yang kerap berenang berkumpulan dalam kelompok kecil tidak jauh dari pantai. Banyak teknik-teknik yang digunakan oleh para pemancing untuk memancing spesis pecutan ini dan antara teknik yang paling popular sering digunakan untuk menjerat ikan tenggiri ini ialah teknik menghanyut (drifting) umpan hidup yang disambungkan sedikit dawai pada perambut. Tahniah kepada Tajo & Shafie.

Fenomena Kepala Air

Maksub ibu air atau kepala air ialah lipahan air yang besar yang membanjiri sungai dan berlaku dengan tiba-tiba dan pantas. Jika dirujuk kepada kamus dewan edisi empat pula, ia bermaksud "permulaan atau penghabisan air bah, lidah air." Fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan kadangkala meragut banyak nyawa.

Punca atau sumber kepala air:
1. Hujan di hulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ia terus melimpah dan masuk ke sungai dengan banyak.
2. Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan menghasilkan empangan-empangan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia tidak dapat 
menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.
3. Hujan di kawasan tanah tinggi (gunung) lebih dari kebiasaan, walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir ke sungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk ke sungai dengan kadar yang banyak dan laju.
4. Jika berlaku empangan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).

Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.
1. Jika anda mandi di satu kawasan sungai atau air terjun (terutama musim hujan), lihatlah sekeliling kawasan cuba cari sebarang tanda yang menunjukkan paras air yang melimpah di kawasan tersebut. Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat contoh mengguna kayu atau batu sebagai penunjuk sama ada air naik atau tidak.
2. Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik anda naik.
3. Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tengelamnya ia di dasar sungai (akibat pasir ) maka naiklah ke darat.
4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan, lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka buatlah penilaian anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah disungai.

Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):
1-Jika sedang berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik dikawasan tinggi dan jauh dari sungai.
2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar).
3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ketepi.
4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan yang teruk jika terkena.
5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART atau tunggu sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.
sumber daripada blog lusuh...

2 Sembilang

Ikan: Sembilang
Berat: 1.5kg 
Umpan: Hirisan udang Mentah
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting
PemancingAmer

Ikan Sebelah

Spesies yang hidup di air masin dan tawar, gemar menyembunyikan dirinya di dalam pasir apabila memburu dan diburu, ia mempunyai dua sisi yang berbeza, satu sisi bahagian daging yang tebal dan satu sisi lagi mempunyai sisi daging yang tipis, kerana perbezaan inilah ia berenang tidak sama dengan ikan-ikan lain iaitu dengan cara terlentang, sisi tebal mengadap atas dan sisi tipis mengadap bawah.

Selain itu ia juga dipanggil ikan sisa Nabi, menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah Ta'ala ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam, Wallahualam.

Info Wikipedia: Ikan ini amat penting secara komersil kerana dikatakan mengandungi kandungan nutrisi yang cukup tinggi disamping memiliki rasa yang lazat. Bagaimanapun, stok ikan ini adalah terbatas. Ikan dalam spesies benthic ini banyak boleh ditemui di perairan tropika dan hangat, biasanya bertelur di kawasan lepas pantai dan muara sungai. Pada waktu kesuburan tinggi, ikan betina biasanya melepaskan sehingga beberapa ratus ribu telur. Untuk betina yang berukuran besar mampu bertelur sehingga mencapai lebih dari 2 juta. Telur-telur ikan dengan segera menjadi larvae berukuran 1.5-3mm.

Ikan berbadan pipih ini suka sekali menyamar, menyesuaikan dengan kondisi lingkungannya dengan cara memendamkan badannya ke dalam lumpur atau pasir di dasar taut, sementara hanya matanya yang muncul ke permukaan. Matanya dapat diangkat atau diturunkan dan digerakkan dengan bebas. lkan ini memakan terutama binatang berkulit keras, hewan tak bertulang punggung. Tanpa gerak,dengan sangat sabar ia menunggu mangsanya sampai mangsa benar-benar dekat dan lengah dengan gerakan yang sangat cepat dan mendadak menyergap, jarang sekali mangsa dapat lolos dari sergapannya. Sepertinya predator ini diciptakan demikian, pertama untuk melindungi diri dari predator yang lebih besar, kedua untuk memudahkan ia memangsa.

Ordo ini terdiri dart berbagai variasi spesies. Berdasarkan temuan para peneliti dari UE telah terkumpul sebanyak 28 spesies ikan sebelah (flatfish), dan hanya ada 6 spesies yang memiliki nilai komersial tinggi, yanu Botidae, Cynoglossidae, Citaridae, Pleuronectidae, Scoftalmidae, dan Soleidae. Jenis produk ini dipasarkan dalam bentuk fillet, dengan pasar utama Eropa. Dari keenam spesies di atas masing-masing memiliki karakter plot yang berbeda-beda yang mungkin akan rnemuudahkan bagi kita untuk mengidentifikasi, karena yang ada di pasaran dalam bentuk fillet maka yang sering terjadi ketika produk yang lebih berkualitas tidak ada diganti dengan produk yang kualitasnya lebih rendah. Di antara produk flatfish yang paling unggul kualitasnya adalah jenis turbot (Psetta maxima) yang berasal dari Mediterania. Jenis inilah yang di pasaran Eropa sering diganti (dipalsukan) dengan jenis lain yang kualitasnya lebih rendah, yaitu jenis Scophtalmus rhombus, kenapa? karena tekstur dan warna dagingnya mirip dan sulit dibedakan.

Sebarau Royal Belum

Ikan: Sebarau... Teknik: Casting... Pemancing: Afendi... Lokasi: Hutan Hujan Royal Belum. Sebarau merupakan spesies pemangsa air tawar yang bersisik di perairan Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus. Lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil. Badannya terdapat satu belang hitam, kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam.
Hutan Hujan Royal Belum terletak di utara hujung Perak, luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290,000 hektar. Dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah, bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117,500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diterokai manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder, memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan. Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya adalah seperti spesies meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesies tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti Rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesies bunga terbesar.

Siakap Teluk Rubiah

Berat: 5kg, Teknik: Surf Casting, Umpan: Udang Hidup, Pemancing: Afendi, Lokasi: Teluk Rubiah, terletak 6 km dari bandar Seri Manjung, Perak.

Anak Tenggiri

Berat: 700g
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
TeknikBottom fishing.
Umpan:  Anak Kerisi.
Pemancing: Azman/Zeman.

Ebek

Berat: 5kg
Lokasi: Perairan laut Paka.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Udang hidup.
Pemancing: Ayah Teh Dungun.

Perairan Paka memang terkenal dengan hasil tangkapan ikan Ebek ini spesies gilaan kaki pancing kerana mempunyai isi yang lazat, umpan terbaiknya adalah udang hidup. Apa yang saya tahu kebiasaannya spesies ini akan makan umpan dgn perlahan-lahan jadi tak perlulah kita sentap joran terlalu awal, tunggu ia melarikan umpan terlebih dahulu, barulah kita memulakan aksi perlawanan.

Bagi kekuatan perambut pula antara 30 atau 40lbs haruslah dalam kondisi yang baik kerana spesies ini datang dalam kelompok yang banyak dan kalau boleh guna diameternya halus supaya ikan tidak culas, jika waktu malam pula guna perambut yang kekuatannya 50 atau 60lbs kerana spesies ini selalunya lebih besar jika dibandingkan di

i-City Terengganu

Terletak di Pulau Warisan bersebelahan Pasar Payang berdekatan dengan Chinatown di bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Kenapa dipanggil i-City kerana di sini terdapat banyaknya pokok-pokok bercahaya dengan lampu yang berwarna-warni seakan-akan i-City Shah Alam. Walaupun tak sehebat i-City Shah Alam yang pastinya ianya percuma, tak mahal macam i-City Shah Alam, parking percuma, makanan yang dijual di sini pun tak mahal, tempat pun menarik serta terdapat Hotel Seri Malaysia yang cantik dan berpatutan.
Selain sebagai tempat pelancongan dan beriadah, ianya juga sebagai tempat utama kaki-kaki pancing memancing di sini sehinggakan tempat ini menjadi sesak berpunca dari pemancing-pemancing tegar terutamanya pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Dengar khabarnya spesies-spesies ikan yang berjaya didaratkan di kawasan ini sudah tentulah dari spesies kelas A seperti Siakap Putih, Siakap Merah, Kuku Putih, Pari dan Jenahak. Spesies Gelama dan Bulus juga turut berkunjung di sini jika kena dengan musimnya.

Tapah 67kg

Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan, spesies ini adalah pemangsa yang kuat makan dan di kategorikan sebagai ikan perosak.

Gambar menunjukkan ikan Tapah seberat 67kg, pemancing menggunakan mata tiga welding design sendiri berumpankan perut ayam di lokasi Sungai Nyatoh Setiu Terengganu... perghh nie kalau monyet duduk bersidai tepi tebing sekali ngapp je nie... sumber Joran Aktif Malaysia

This is Terengganu

Pada 13 September 2014 Terengganu sekali lagi memecah rekod dunia apabila Perarakan Bot Terbesar Dunia mencatatkan 1,180 bot nelayan dari Kuala Dungun ke Kuala Kemaman sejauh 100 kilometer telah diiktiraf Guinness World Records mengatasi rekod di Sungai Thames, London dengan hanya 670 bot pada 2012. 

Tahniah nelayan-nelayan Terengganu, pihak penganjur, penaja, semua yang terlibat dan yang turut hadir memeriahkan suasana.


Kerisi

Nemipterus balinensis spesies yang bersaiz kecil ini adalah antara daripada 14 spesies yang terdapat di sekitar perairan negara ini terutama di Pantai Barat dan Timur Semenanjung, ianya aktif pada waktu siang dan umpan yang paling sesuai ialah hirisan ikan, sotong dan udang.

Spesies ini ditemui dengan mudah sekitar April hingga September terutama di sekitar perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Kerisi boleh dipancing menggunakan teknik apollo dan Bottom fishing dengan mata kail yang bersaiz kecil. Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Kerapu Pantai Timur

Spesies yang cukup sinonim di kalangan pemancing. Sebut saja ikan kerapu, kita terbayang seekor ikan laut yang badannya bersisik halus memiliki corak pelbagai warna, bermulut luas dan pelbagai bentuk. Ikan ini antara spesies yang paling bernilai, diminati serta mendapat permintaan tinggi di kalangan penggemar makanan laut. Ikan unik ini mampu bertahan lama tanpa air, mendiami ekologi laut berstruktur sama ada karang, reba atau tunggul kayu, tukun, bangkai kapal, tiang rumah api atau dermaga, jeti, gua batu karang dan lubang di dasar laut. Ia boleh dikatakan spesies yang tinggal di sungai, muara, pesisiran pantai dan laut dalam atau berlindung di hutan batu karang sebagai habitat utama. Ia pemangsa dasar yang agak pemalas.
Ia turut menyambar gewang dan jigs yang melintas berhampiran. Kerapu adalah ikan demersial iaitu pemangsa dasar. Ia menyambar hampir semua anak ikan, sotong, ketam dan udang, sama ada hidup atau mati. Oleh kerana kerapu bermulut besar, umpan seekor dan besar amat sesuai digunakan. Serranidae adalah nama famili kerapu. Ia mengandungi tujuh sub-famili iaitu Aethaloperca, Anyperodon, Cephalophalis, Cromileptes, Epinephelus, Plectromopus dan Variola.

Dalam tujuh sub-famili itu pula terdapat 42 jenis yang ditemui di habitat tertentu, kebanyakannya boleh ditemui di perairan negara terutama Laut China Selatan. Nama kerapu yang diguna pakai oleh nelayan mahupun pemancing yang biasa saya dengar ialah bebeh, lilin, kayu, keling, bara, ekor bulan, sunuk @ chonor, minyak, hitam, bunga, ekor putih, belida @ tikus, merah, botol, karang, batu, batik, panau, pipih, pisang, kertang dan tidak termasuk nama tempatan bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak... epulkakipancing
Lokasi Pancingan: Perairan Laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Sotong

Sotong Mabang @ Mengabang merupakan sotong buruan ramai kaki candat. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Sotong mabang mempunyai badan bercorak cantik ketika masih hidup dan berwarna putih setelah ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak. Mabang mudah dikenali melalui jenis tulangnya... mabang mempunyai tulang yang diperbuat daripada sejenis bahan seperti plastik. Tulang mabang sama seperti tulang sotong ketupat, cumi-cumi, jarum atau torak. Mabang juga dikenali melalui dua tantakelnya yang lebih panjang berbanding tantakel yang lain... Info Abe Din

Teknik: Candat.
Pemancing: Azman/Zeman.
Masa memancing: 9.40am 04 Sept 2014.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Sembilang


Ikan: Sembilang
Berat: 1kg
Umpan: Udang Mentah
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting
Pemancing:
Amer
Spesies yang tidak hidup di air tawar, kebanyakan orang tidak menggemari spesies ini kerana ia berasa sedikit hanyir dan dikategorikan sebagai ikan berlemak.

Tenggiri 6kg

Berat ikan: 6kg
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Remon hidup.
Pemancing: Azman/Zeman.

Haruan Tasik 16kg

Berat ikan: 16kg
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Kerisi Hidup.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Kerapu 600g

Ikan: Kerapu
Berat: 600g
Umpan: Hirisan ikan Selayang
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Daiwa 4000c
Joran: Abu Garcia Tournament 
Teknik: Surf Casting
Pemancing: Pak Ripin

Kerapu 700g

Ikan: Kerapu
Berat: 700g
Umpan: Udang Mentah
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting
Pemancing: Amer

Siakap 700g

Ikan: Siakap Merah
Berat: 700g
Umpan: Anak Selayang
Masa: Air surut
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Sienna 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting

Layaran/Billfish

Nama saintifiknya Istiophorus merupakan spesies yang memiliki sirip layar tegak seakan-akan dengan layar kapal kerana itulah ia dipanggil Layaran. Selain daripada itu ianya juga mempunyai muncung panjang dan tajam yang hampir menyerupai ikan Todak serta berwarna hitam putih kelabu kebiruan. Spesies ini juga mempunyai daya kuasa pecutan yang tinggi sehingga dapat berenang dengan kelajuan mencapai 110 KM/J.

Ketika berenang sirip layarnya akan terlipat dan berdiri tegak apabila spesies ini merasakan dirinya terancam atau sedang bersemangat sehinggakan ianya menjadi lebih besar daripada ukuran sebenar dan spesies ini banyak terdapat di perairan Laut China Selatan terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Seberat hampir 25kg ikan Layaran dalam gambar ini yang berjaya didaratkan oleh brother Azman di lokasi perairan laut Mengabang Telipot berumpankan anak ikan kerisi hidup dengan teknik kegemaran beliau iaitu drifting(umpan hanyut).

Mengabang Telipot(MT) terletak di tepi pantai, menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. Oleh itu Pantai Mengabang Telipot adalah lokasi terbaik yang tidak asing lagi untuk memancing sama ada di persisir pantai atau di laut, merupakan tempat yang terletak di utara dari bandar Kuala Terengganu dalam daerah Kuala Terengganu antara lokasi yang berdekatan ialah Kg. Pak Tuyu, Batu Rakit, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Kebanyakkan aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.

Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengunjung dari luar untuk berkunjung ke sini serta juga terkenal dengan kedai makanan laut yang bercelup tepung. Selain itu lokasi ini juga terkenal dengan kawasan perairan laut yang memiliki banyak tukun-tukun dan sekaligus ia menjadi lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesies ikan besar yang amat popular ialah Layaran, Tenggiri, Talang, Kerapu, Haruan Tasik, Pari dan lain-lain lagi, di sebabkan itu jugalah kawasan ini sering dijadikan tempat pertandingan memancing.

Haruan Tasik/Cobia

Spesies berkepala ikan haruan atau toman yang boleh membesar sehingga lebih 2 meter, suka mendiami di kawasan laut lepas, pulau dan pantai berkarang serta gemar bergerak secara bersendirian. Bagi kaki pancing yang gemar dengan kuasa henjutan spesies seperti inilah yang perlu dicari.

Rupa bentuknya panjang membujur, berwarna coklat gelap berjalur cerah putih, ekor yang bercabang dan mempunyai barisan gigi yang halus. Ianya boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang memburu mangsanya dengan cara penyambaran yang cepat sehingga membuatkan si pemancing menggelabah.

Berat ikan: 15kg
Teknik: Bottom fishing.
Umpan:  Hirisan ikan.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Pari Lalat & Kerapu

Berat ikan: Pari 12kg, Kerapu 3kg
Teknik: Bottom fishing(pancingan dasar)
Umpan:  Hirisan ikan.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Tenggiri Mengabang Telipot

Berat ikan: 6kg
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Anak ikan Kerisi hidup. 
Pemancing: Azman/Zeman.

Tenggiri Dungun

Tenggiri spesies yang terkenal dengan kuasa pecutan dan terdapat di seluruh perairan laut barat dan timur di Malaysia serta di negara-negara Asia, ia tergolong dalam keluarga "marga Scomberomorus/suku Scombridae", begitu juga dengan spesies Talang, Tuna dan Tongkol. Spesies ini sangat digemari ramai sehingga diperdagangkan dalam bentuk segar, kering dan juga ada diolah menjadi kerupuk/krupuk.

Rupa bentuk spesies ini memanjang, mempunyai tubuh yang kuat terutama pada sisi-sisinya, tidak bersisik, muncungnya meruncing dengan mulut lebar dan gigi-gigi yang tajam serta kuat di rahang atas dan bawah. Di Malaysia ia adalah spesies yang tergolong dalam spesies yang terbesar sehingga dapat mencapai panjang 220cm. Tenggiri merupakan ikan yang kerap berenang berkumpulan dalam kelompok kecil tidak jauh dari pantai. Banyak teknik-teknik yang digunakan oleh para pemancing untuk memancing spesies pecutan ini dan antara teknik yang paling popular dan sering digunakan untuk menjerat ikan tenggiri ini ialah teknik menghanyut (drifting) umpan hidup yang disambungkan sedikit dawai pada perambut.

Berat ikan: 6kg
Jumlah Tangkapan: 3 ekor
Lokasi: Perairan pantai antara Tanjung Jara & Kuala Dungun.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Kekacang hidup.
Pemancing: Shahrul UiTM.

Siakap & Gewang

Siakap Putih seberat hampir 2kg yang berjaya didaratkan oleh Amer pada malam semalam dengan menggunakan kaedah pancingan casting ketika air sungai mulai pasang di lokasi Sungai Kampung Tebing Tembah Paka. Gambar jelas menunjukkan gewang yang digunakan berwarna oren kekuningan, seperti mana yang telah diketahui warna terang seperti merah, kuning dan oren adalah warna kegemaran si ikan siakap putih di waktu malam terutamanya ketika bulan mengambang manakala gewang berwarna gelap pula memberikan cahaya yang sempurna ketika mendung.
Pemerhatian yang begitu teliti boleh meningkatkan peratus kejayaan dalam aktiviti casting bukan sahaja warna gewang memainkan peranan penting, faktor-faktor lain juga perlu dititikberatkan seperti saiz, bentuk, kelajuan, kedalaman dan persembahan atau pergerakkan serta juga keadaan air(warna & pasang surutnya). Kesimpulannya, pada pendapat saya apa jua jenis warna dan bentuk gewang itu ianya tetap mampu menjerat ikan jika sekiranya kena dengan sikap kerajinan kita serta potensi persembahan dan lubuk yang terbaik itu teori saya, apa pun yang menyedarkan saya sebenarnya rezeki dari Allah Ta'ala semuanya datang dariNya.. Sekian, selamat mencasting.

Siakap Teluk Gadong

Siakap Putih hampir 2kg yang berjaya dipancing dengan kaedah pancingan casting oleh saudara Izzat di lokasi pantai dan sungai Teluk Gadong di Sura Hujung yang berhampiran dengan UiTM Kampus Dungun Terengganu. Sejauh 9km dari bandar Dungun 'Sura Gate' untuk sampai ke sini tempat yang cantik dan menarik yang selalu dikunjungi ramai terutamanya pelajar-pelajar dari UiTM dan Politeknik Dungun untuk beriadah, berkelah dan memancing di sini.
Selain sungai dan pantai yang indah di sini terdapat juga bukit yang cantik yang mana suatu ketika dahulu adanya tangga pada bukit tersebut serta jambatan panjang yang melintangi sungai Teluk Gadong ini. Jika kita sampai ke atas bukit ini, semestinya pemandangan yang indah dapat dilihat di puncak bukit tersebut.
Setiap akhir tahun pantai di sini sering dilanda musim tengkujuh menyebabkan tangga dan jambatan tersebut runtuh dan sekarang bukit serta sungai di sini dilihat tanpa tangga dan jambatan. Walaupun tangga dan jambatan tersebut sudah tiada lagi ianya digantikan dengan kemudahan-kemudahan seperti surau, wakaf-wakaf, tempat perkelahan dan tempat permainan kanak-kanak yang cantik sekaligus menambahkan keindahan landskap di sekitar kawasan ini.

Sakit

Salam...Seminggu ni luangkan masa bersama beberapa kawan menziarahi beberapa rakan sekerja yang sakit. Sakit yang membuatkan terlantar di hospital atau perlu berulang-alik dari rumah ke hospital secara kerap. Sakit yang banyak perkara sudah tidak dapat diurus sendiri dan perlukan bantuan orang lain.

Melihat orang sakit dan kesukaran yang mereka serta keluarga hadapi....... buat kita bersyukur dengan nikmat sihat yang dimiliki, buat kita rasa nak minta maaf dengan semua orang sebelum kita hanya mampu dengar mereka mohon maaf dengan kita, buat kita rasa nak buat sokmo doh dan sesempurna mungkin ibadat serta suruhan Allah yang lain, buat kita rasa betapa urusan dunia yang kita lintang pukang uruskan ini kecil berbanding dengan persiapan mengadap Allah...Tuhan Yang Maha Besar! buat kita rasa betapa pentingnya sentiasa dan segera bertaubat kepada Allah...
Ya Allah! Kami tiada apa-apa tanpa Mu...Janganlah Engkau biarkan kami sendirian uruskan hal kami...Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmat-nikmatMu dan memperelokkan ibadat kami kepadaMu.....sebelum terhentinya waktu buat kami.

Semoga bermanfaat...
Wan Mohd Nazif 

Snakeheads

Toman/Snakeheads nama saintifiknya Channa micropeltes sejenis ikan air tawar jenis karnivor atau pemangsa panjangnya dapat dibezakan melalui sirip dorsal, memiliki mulut yang sangat besar dan gigi-gigi yang berkilat. Merupakan spesies asli hutan hujan tropika yang boleh hidup dalam air payau, kebiasaannya didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara dan juga Afrika. Di negara ASEAN seperti Indonesia dan Malaysia spesies ini banyak didapati di kawasan-kawasan pertanian, perlombongan dan tasek serta diberitakan spesies ini gemar menggigit manusia.

Berat: 7kg
Pemancing: Nazri Saad

Kakap Putih 1kg

Berat: 1kg.
Umpan: Udang.
Lokasi: Tebing Tembah Paka.
Masa: 24 Julai 2014, 11:44pm, Air surut.
Pemancing: Amer.

Salam Lebaran 1435H

Assalamualaikum...
Salam Seindah Ramadhan...
Salam Aidilfitri...

Negara kita aman sentosa...
Jangan dilupa orang teraniaya...
Makan mewah baju bergaya...
Orang fakir jangan dilupa...

Sedar tak sedar, Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya, Aidilfitri pula bakal menyusul tiba. Dalam kita bergembira, usah dilupa rakan-rakan, teman-teman, dan saudara seagama semuslim kita yang sedang bergelut dalam peperangan disana. Doakan mereka, Doakan kekuatan mereka, Doakan pertolongan buat mereka.

KAMI DARI SIAKAPPAKA DENGAN RENDAH HATINYA, DENGAN PENUH KASIH SAYANG, MENGUCAPKAN "SALAM AIDILFITRI" KEPADA SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAH SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN DAN BARAKAH DI BULAN YANG DISEBUT BULAN KEMENANGAN INI. 

In-Shaa-Allah...

Kerapu Tebing Tembah

Ikan: Kerapu nama saintifiknya Epinephelus coioides.
Umpan: Udang mentah.
Masa: Air surut.
Pemancing: Pak Ripin.
Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah Paka, Dungun, Terengganu.

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari pada masa sekarang ini kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Kerapu merupakan sejenis ikan air masin dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60-RM70/Kg.

Syaaban

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. Sumber

Kampung Minda

Salam, kali ini penulis ingin menceritakan lokasi memancing di Sungai Kg. Minda Dungun, Terengganu. Kg. Minda terletak di Hulu Dungun, Terengganu iaitu di Dun Bukit Besi, di antara Kg. Tepus dan Kg. Talong serta Kg. Rantau Panjang melalui jalan Kuala Jengal yang mana jalan ini terus menghala ke lokasi pelancongan yang menarik iaitu Chemerong yang terkenal dengan air terjun yang indah dan cantik.

Perjalanan dari Dungun ke Sungai Kg. Minda ini mengambil masa kira-kira 40 minit iaitu sejauh hampir 50km. Semestinya ikan Patin, Kelah, Sebarau, Baung, Lampan dan Udang Galah yang mendiami di sungai ini. Kampung ini berlatarbelakangkan perkampungan pertanian dan perkebunan yang terkenal dengan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang menarik seperti durian, salak, langsat, duku, rambai, manggis, petai, jering dan sebagainya. Gambar menunjukkan Sungai dan Kampung Minda yang indah, sejuk dan damai.

Baung

Nama saintifiknya Mystus spp, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg.

Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang. Satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Gambar menunjukkan ikan Baung yang berjaya dipancing di Sungai Kampung Minda Dungun, Terengganu.

Kuku Batu

Spesis ini jarang didengari umum, malah ada kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini, kerana mereka jarang menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Warnanya hitam, koko dan adakalanya hitam bercampur putih. Habitat spesis ini jarang berada di tempat terbuka. Ia gemar berada di struktur karang, berbatu, di kawasan pesisiran pantai atau di muka kuala. Perambut halus digunakan untuk memancing ikan ini yang berkekuatan 15-20lb dan matakail halus. Ikan ini boleh mencecah 1kg lebih tetapi daya lawannya tidak berpanjangan dan bukan kaki akrobatik. Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah Paka, Pemancing: Pak Ripin.

Dasyatis Uarnak & Red Snapper

Ikan: Pari Lalat/Dasyatis Uarnak
Berat: 4kg 
Umpan: anak ikan Kembung 
Masa: Air surut Jam 7.10pm 
Lokasi: Kg. Tebing Tembah Paka, Dungun, Terengganu.
Ikan: Siakap Merah/Red Snapper
Berat: 700g 
Umpan: Udang hidup 
Masa: Air surut Jam 10.02pm 
Lokasi: Kg. Tebing Tembah Paka, Dungun, Terengganu.
Pemancing: Amer

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers