Jom kita berlumba-lumba ke masjid kerana segala aktiviti di masjid akan mendapat ganjaran YANG TERAMAT BESAR dari Allah Ta'ala, pergi & pulang juga akan diberi ganjaran YANG TERAMAT BESAR dari Allah Ta'ala, sayangnya Allah Ta'ala kpd hamba2Nya, amatlah rugi jika kita tidak mengambil peluang ini, kerana kita semua akan mati, malahan kita sendiri
tahu yang kita akan mati kenapa kita tidak merebut-rebut peluang ini? dan kepada yang akan pergi ke masjid Bawalah sedikit wang bekalan untuk derma.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. 2:261
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 2:268
Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan, saudaraku.
Ekpedisi Gunung Angsi via Bukit Putus
-
Last week punya cerita..
Gunung angsi nih nombor *189* dalam Malaysia.. mempunya ketinggian *825m*..
Kalau naik gunung angsi dari Bukit Putus, laluan nya x...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment