8 Jun 2012 Jumaat, trip siakappaka kali ini ialah mencandat sotong di perairan laut Pulau Bidong Kuala Terengganu antara yang terlibat ialah Pak Ripin, Zeman, Mamat, Kamarol, Hadi, Khairi, Hazamin dan juragam Pak Ali. Kami mula bertolak dari Dungun sekitar jam 3.00pm, tiba di pengkalan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu pada jam 4.30pm.
Kami mula menaiki bot dan bertolak dari Pantai Mengabang Telipot tepat jam 5.00pm menuju ke destinasi mencandat sotong yang perjalanannya sejauh hampir 30km dan mengambil masa hampir 1jam. Apabila sampai ke destinasi pada jam kira-kira 6.00pm, belum sempat melabuhkan sauh kami telah berjaya menaikkan beberapa ekor sotong, sotong demi sotong yang berjaya kami naikkan menunjukkan lokasi yang kami pergi ini kena pada kawasan lubuk atau telur sotong sehingga membuatkan kami lansung tidak berpindah tempat, cukup dengan hanya tempat ini sahaja untuk mencandat sehinggakan pula ramai bot-bot yang lain menghampiri bot kami untuk menumpang rezeki sotong juga.
Alhamdulillah, hasil yang dikatakan memuaskan dan membuatkan hati kami ini gembira dan berpuas hati. Ketika sedang asyik mencandat sotong tiba-tiba berlaku pula perkara yang tidak diingini sekitar jam 9.30pm iaitu bot yang kami naiki mulai bocor di bahagian belakang akibat dipukul arus dan ombak yang kuat sehingga memaksakan kami semua beredar pulang dengan segera.
Kalau nak diikutkan, plan kami selepas jam 12.00 malam, kebiasaannya air laut mulai lembut dan tenang pada musim sekarang ini, dan pada masa inilah aktiviti mencandat sotong perlu diteruskan beserta memancing ikan sehingga ke pagi, Alhamdulillah... kami tetap bersyukur kerana selamat sampai juga ke darat beserta dengan hasil tangkapan sotong yang agak memuaskan. InsyaAllah... ada umur, ada masa, ada rezeki, perairan laut Pulau Bidong akan kami kunjungi lagi...
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
8 years ago
6 comments:
untung r..bak sikit!
untung r..bak sikit!
Besar sotong bro! ok la tu 3jam mancing dpt byk mcm tu.. tahniah bro>> amir perlis
hi... smart abg kamarol... lia lara/Johor
besauuu tu. bt celup tepung mesti syok maa. Din besut
Letak Link Blog Anda Disini Myrodreel Blog tentang aktiviti memancing. Dapat pelbagai CARA MEMANCING, UMPAN, TIPS, PANDUAN DAN INFO MEMANCING DI MALAYSIA
Post a Comment