background img

Layan GP Joran 2012

Assalamu'alaikum, semalam berlansungnya aktiviti pertandingan memancing GP Joran Pusingan Pertama 2012 anjuran Berita Harian di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu mulai jam 8 pagi hingga 1 petang bagi kategori pantai manakala kategori laut pula berlansung pada hari Sabtu 5 May 2012. Penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib di Padang Astaka di sini. 


Sementara itu di Padang Astaka, antara penaja yang mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan termasuk Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), TCE Tackles Sdn Bhd, Universal Fitness &Leisure Sdn Bhd (UFL-Coleman), Sar Tecnologies Sdn Bhd, Ions Adventure, Perfect Food (Julie’s), Syarikat Zulkifli Bamahaj (Petani), Nestle Product sdn Bhd (Nestle/Maggi) Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dan Gardenia (M) Sdn Bhd. 


Khabarnya pertandingan semalam dimenangi oleh Anak tempatan, Mohd Sukri Sidek dan Mohd Nasrull Tahir dari Kuantan masing-masing dinobatkan sebagai pemenang kategori Laut dan Pantai, GP Joran Pusingan Pertama 2012 anjuran Berita Harian, di sini semalam. Mohd Sukri, 30, berjaya menaikkan kerapu seberat 18.24 kilogram (kg) manakala Mohd Nasrull, 34, pula ebek seberat 1.7 kg sekali gus masing-masing membawa pulang hadiah tunai RM20,000 serta pelbagai hadiah iringan. Peserta Melaka, Abdul Rahim Muhamad, 31, yang menaikkan kerapu seberat 11.58 kg memenangi tempat kedua kategori Laut dengan hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga Mohd Shahir Jaafar, 34, dari Batu Pahat membawa pulang wang tunai RM4,000 selepas menaikkan tenggiri 11.48 kg. 


Pemenang kedua kategori Pantai, Bahudin Mamat, 54, dari Kota Bharu menaikkan gerong belang 1.64 kg dan menang hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga milik Mohd Rizal Musa, 33, dari Kuala Terengganu selepas menaikkan ikan cermin seberat 1.38 kg dan menerima hadiah wang tunai RM4,000. Kategori khas ikan pari dimenangi Norhisham Ahmad, 45, dari Muar dengan tangkapan seberat 23.38 kg sekali gus menang wang tunai RM1,000 manakala tekong terbaik Mat Din Sidek, 52, dari bandar ini menerima hamper dan hadiah iringan daripada penganjur... bharian   

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers