Mancing di Pulau Bidong
Kami pulang dari laut sekitar jam hampir 2.00pm kerana keadaan cuaca di laut tidak menentu menyebabkan air laut mula bergelombang kuat, dalam trip kali ini hasilnya mengecewakan masing-masing hanya dapat membawa hasil tangkapan untuk keluarga sahaja kerana air laut tidak berarus menyebabkan ikan tidak bergerak aktif dalam mencari makanan.
Kami sering berpindah dari lubuk ke lubuk hasilnya mengecewakan, kemudian kami bergerak menuju menghampiri teman-teman lain yang turut sama memancing wal hasilnya mengecewakan juga. Apa pun kami tetap bersyukur kerana selamat ketika memancing dan ada juga hasilnya sedikit seperti kerapu, kerisi, remon dan sotong untuk bawa pulang ke rumah... Alhamdulillah...