background img

Kuala Dungun

Kuala Dungun sebuah tempat yang berada di daerah Dungun Terengganu berkedudukan di mulut atau muara Sungai Dungun yang hanya beberapa kilometer dari jalan raya ke Kuala Terengganu. Dahulu dikenali sebagai bandar Mi Ing sekitar tahun 1940 dan majoriti penghuni di bandar Kuala Dungun ini semestinya dari kaum Cina yang aktif dalam aktiviti perniagaan. Pekan kecil ini juga dihidupkan dengan aktiviti dalam industri perikanan yang diterajui oleh kaum-kaum melayu, terdapat juga Pasar Besar Kuala Dungun yang sekaligus menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk setempat, sehinggakan dipenuhi banyak bot-bot nelayan di setiap sepanjang sungai di pekan kecil ini.

Tanpa Pulau Tenggol yang terkenal dan pulau-pulau yang lain akan menjadikan Kuala Dungun ini sebuah tempat atau kampung yang mati. Kuala Dungun lah merupakan sebuah tempat sebagai pintu keluar masuk utama untuk membawa pelancong ke Pulau Tenggol terutamanya yang mana masa perjalanan kira-kira 1 jam dengan bot laju dari jeti Kuala Dungun, yang sekaligus menyumbang bagi ekonomi pekan nelayan kecil ini. Selain pusat bandar Sura Gate Dungun, Kuala Dungun ini juga merupakan sebuah pusat bandar yang mana sekarang ini masih lagi terdapat deretan rumah-rumah kedai lama sekaligus menampakkan sejarah bentuk rumah-rumah kedai suatu ketika dahulu. Terdapat juga beberapa tempat di kawasan Kuala Dungun ini yang menjadi sarang kaki-kaki pancing antaranya benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, pantai Teluk Bidara dan pantai Kuala Dungun.

Terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan empat tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang berhadapan dengan Kuala Dungun mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang lebih-lebih lagi pada hujung minggu jumaat dan sabtu. Apabila pengunjung melalui jambatan besar Kuala Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, Kampung Bijangga dan Kampung Sungai Buaya, selain itu terlihat jelas juga pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan dan keunikkan permandangan di Sungai Dungun ini amnya.

1 comments:

Unknown said...

syok btoil,,landing kat sini.blog penuh teknikal design..awesome.

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers