background img

Ketam Ungu

SALAH seekor daripada empat spesis baharu ketam yang berwarna ungu yang ditemui di Kepulauan Palawan, Filipina.

MANILA - Empat spesis baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology.

Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman. Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai. Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok. Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - AFP

Pelor

Pelor nama tempat yang selalu disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di Terengganu, sebuah tempat memancing yang indah dan menarik yang terletak di kawasan Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, mempunyai keunikan tempatnya yang tersendiri selain sungainya mempunyai spesis-spesis ikan yang menarik, lokasi ini juga mempunyai keindahan yang mengagumkan sesuai benar untuk membawa keluarga pergi berkelah selain memancing.
Terletak di Kampung Tebing Tembah di antara bandar Paka dengan Kampung Pinang Merah dan perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga bertemu dengan jalan mati yang berhampiran dengan sungai, selepas itu menyusuri pula jalan seterusnya yang berbatu dan berpasir sehingga ke hujung jalan tersebut, terdapat pula sungai pemisah, diseberang sungai itulah lokasinya.
Lebih menarik jika ada bot sendiri bertujuan menyeberangi sungai untuk menuju ke Pelor di mana tempat ini sangat cantik dan menarik dengan penuh didiami batu-batu besar dan kecil yang mana menjadi tempat kegemaran siakap merah bermain dan banyak lagi spesis-spesis ikan menarik yang bermain di sini seperti siakap putih, kerapu, repuh, pari, sembilan, senangin, kurau dan lain-lain.

Baju Yang Dipakai Rasulullah Dan Puterinya

HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA... SUPAYA TIDAK BERMEWAH... DAN LUPA DIRI... WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI... DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI...

Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi SAW dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi SAW..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada Nabi SAW seorang pemimipin.... seseorang yang berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.
Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan menantu Nabi SAW...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.

Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :

قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط

Ertinya:
Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.” Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”

Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.

Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.anha

وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها

Ertinya:
Suatu hari Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:

Di mana cucu-cucuku?

Saiyidatina Fatimah menjawab,

“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.

Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah SAW bertanya,

“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”

Saiyyidina Ali menjawab,

“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?”

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi SAW...mungkin boleh meminta daripada Nabi SAW agar ayah mertuanya iaitu Nabi SAW memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi SAW.....namun peluang itu...tidak digunakan oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu Nabi SAW yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.

Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka.

Apabila Nabi SAW pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah... Baginda SAW selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta...Saiyidatina Fatimah. Apabila Baginda SAW melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda SAW merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.

Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah SAW.

Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.” Apabila Rasulullah SAW menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.

Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta. Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian. Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan.

Gelama Gigi di Pantai Kuala Dungun

Gelama Gigi adalah spesis ikan yang paling digemari oleh kaki-kaki pancing berbanding dengan spesis Gelama yang lain kerana caranya menyambar umpan terlalu ganas dan agresif menyebabkan pemancing-pemancing jadi syok apabila bermain dengannya. Bagi Pak Ripin saiz Gelama Gigi inilah yang dicari-cari dan yang dinanti-nanti oleh beliau, sehingga menyebabkan beliau terbangun ketika mengarau mesin di joran. Sebanyak 5 ekor Gelama Gigi yang terbesar di antara gelama-gelama yang banyak beliau perolehi sebelum ini.

Senangin

Rajah di sebelah menunjukkan ikan senangin yang berjaya dipancing oleh En. Syukri dalam masa air surut, sasaran sebenarnya adalah ikan gelama nak dijadikan rezeki ikan senangin yang dapat dengan berumpankan hirisan udang. Walaupun diketahui umum umpan yang terbaik dalam memancing ikan senangin ini adalah udang hidup, ikan belanak dan sotong, bahkan gewang dan fly juga dikatakan boleh digunakan jika kena dengan caranya.

Info dari Dr. Barra: Senangin atau nama saintifiknya Eleutheronema tetradactylum dikenali dengan pelbagai panggilan atau jolokan oleh orang tempatan. Sesetengah orang ada memanggilnya sebagai cabuk atau senohong. Kami di Terengganu lebih gemar memanggilnya dengan nama ikan senangin jika ia bersaiz kecil, manakala bagi yang bersaiz besar pula, kami gemar memangginya sebagai ikan kurau. Walaupun diberi pelbagai nama berdasarkan sedikit sebanyak perbezaan rupa paras dan fizikalnya, namun ia masih terdiri daripada satu kumpulan spisis yang sama.

Dari segi fizikal, senangin mudah dikenali kerana warna dan bentuk badannya. Ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spisis senangin yang berlainan warna, tetapi selalunya spisis yang kerap ditemui adalah berwarna putih-keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling tubuhnya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.

Spisis ini hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek. Misalnya ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau. Dari segi tumbesarannya, biasanya ia boleh mencecah berat antara satu hingga empat kilogram. Tetapi kadangkala senangin mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18 kilogram bergantung kepada keadaan persekitarannya. Senangin boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Ikan ini menjadi buruan utama para nelayan kerana permintaan dan harganya yang sangat tinggi.

Gelama Gigi

Gambar menunjukkan ikan Gelama Gigi yang berjaya Pak Ripin memancing semalam di Pantai Kuala Dungun, lihatlah saiznya agak menarik juga kan, saiz sebesar selipar bersaiz lapan dan sembilan.
Ikan Gelama ini ada berbagai jenis yang biasanya disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di Terengganu antaranya Gelama Pisang, Gelama Bongkok, Gelama Gigi, Gelama Eput', Gelama Hitam dan Ibu Gelama, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana.
Semestinya antara jenis-jenis ikan Gelama ini yang dicari-cari dan yang dinanti-nanti adalah dari spesis Gelama Gigi yang bersaiz besar kerana spesis ini ganas ketika menyambar umpan dan pemancing juga merasa syok ketika mana hendak menaikkan ikan ini. Rajah menunjukkan ikan-ikan Gelama yang berjaya dipancing oleh beliau walaupun tidak seberapa mana hasilnya Alhamdulillah asalkan dapat rasa syok itu dah cukup memadai... Pak Ripin

Gelama Pak Asin

15 April 2012, Pak Asin dalam misi mencari ikan gelama sebanyak mungkin, kata Pak Asin isi ikan gelama ini memang enak dimakan yang kecil-kecil pula lebih sedap jika dibuat ikan masin atau ikan kering. Gelama adalah spisis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ni banyak melanda di perairan pantai-pantai timur terutamanya di lokasi ini Pantai Teluk Lipat di kawasan Kuala Dungun.
Musim ini gelama sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana pantai pun di kawasan Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh pemancing-pemancing dalam memburu si ikan gelama ini. Bagi Pak Asin semestinya di musim sekarang ini setiap petang hingga ke malam pasti akan turun ke lokasi pantai ini untuk memburu si ikan gelama dan spisis ikan gelama kegemaran beliau yang dicari-cari semestinya ikan Gelama Gigi. Rajah menunjukkan hasil gelama beliau perolehi yang tidak seberapa.

Kuala Dungun

Kuala Dungun sebuah tempat yang berada di daerah Dungun Terengganu berkedudukan di mulut atau muara Sungai Dungun yang hanya beberapa kilometer dari jalan raya ke Kuala Terengganu. Dahulu dikenali sebagai bandar Mi Ing sekitar tahun 1940 dan majoriti penghuni di bandar Kuala Dungun ini semestinya dari kaum Cina yang aktif dalam aktiviti perniagaan. Pekan kecil ini juga dihidupkan dengan aktiviti dalam industri perikanan yang diterajui oleh kaum-kaum melayu, terdapat juga Pasar Besar Kuala Dungun yang sekaligus menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk setempat, sehinggakan dipenuhi banyak bot-bot nelayan di setiap sepanjang sungai di pekan kecil ini.

Tanpa Pulau Tenggol yang terkenal dan pulau-pulau yang lain akan menjadikan Kuala Dungun ini sebuah tempat atau kampung yang mati. Kuala Dungun lah merupakan sebuah tempat sebagai pintu keluar masuk utama untuk membawa pelancong ke Pulau Tenggol terutamanya yang mana masa perjalanan kira-kira 1 jam dengan bot laju dari jeti Kuala Dungun, yang sekaligus menyumbang bagi ekonomi pekan nelayan kecil ini. Selain pusat bandar Sura Gate Dungun, Kuala Dungun ini juga merupakan sebuah pusat bandar yang mana sekarang ini masih lagi terdapat deretan rumah-rumah kedai lama sekaligus menampakkan sejarah bentuk rumah-rumah kedai suatu ketika dahulu. Terdapat juga beberapa tempat di kawasan Kuala Dungun ini yang menjadi sarang kaki-kaki pancing antaranya benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, pantai Teluk Bidara dan pantai Kuala Dungun.

Terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan empat tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang berhadapan dengan Kuala Dungun mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang lebih-lebih lagi pada hujung minggu jumaat dan sabtu. Apabila pengunjung melalui jambatan besar Kuala Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, Kampung Bijangga dan Kampung Sungai Buaya, selain itu terlihat jelas juga pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan dan keunikkan permandangan di Sungai Dungun ini amnya.

Sungai Paka

Sungai Paka terletak di Daerah Dungun Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Sungai Paka ialah Kuala Paka, Pantai Paka Dan Bandar Paka. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629m) dan Gunung Ulu Bakar (1391m), Kuala Paka merupakan sebuah mukim yang terletak di Paka, Pantai Paka yang berkelok menghadap Laut China Selatan seperti di gambarajah.
Terdapat perkampungan nelayan di sepanjang Sungai Paka Dan pantai Paka ini. Bandar Paka pula pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk.
Terdapat juga Stesen Janakuasa Sultan Ismail, stesen janakuasa gas terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional. Dahulu Sungai Paka ini terkenal dijadikan sebagai tempat  limbungan iaitu tempat persinggahan kapal-kapal dagang, Dengan sejarah inilah wujudnya Kampung Limbong yang terletak berhampiran dengan Sungai Paka. Gambarajah menunjukkan keindahan Sungai Paka yang diambil semasa aktiviti memancing group siakappaka minggu lepas.

Adakah Kaki Merupakan Aurat Wanita?

Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers