background img

Layur & Gelama Bongkok

Layur (Trichiurus lepturus) yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin dalam misi mencari ikan gelama sebanyak mungkin semalam. Layur adalah ikan perairan laut yang mudah dikenali dari bentuknya yang panjang dan ramping. Ikan ini tersebar di perairan Laut Cina Selatan terutamanya di perairan Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu. Ukuran tubuhnya dapat mencapai panjang 2m, dengan berat maksimum tercatat 5kg dan usia dapat mencapai 15 tahun. Kegemarannya pada siang hari berkeliaran di perairan pantai dalam bagi mencari makanannya iaitu plankton krustasea. Pada waktu malam pula ikan ini gemar menghampiri ke dasar perairan tepi pantai. Orang Jepun menyebutnya tachiuo dan memakannya mentah(sebagai sashimi) atau dibakar. Orang Korea pula menyebutnya galchi dan mengolahnya dengan digoreng atau dibakar. Ikan ini digemari kerana isinya yang kenyal, tidak terlalu amis, tidak berminyak dan mudah membuang tulangnya.
Gelama adalah spesis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ni banyak melanda di perairan pantai-pantai timur di bumi Malaysia ini, isi si ikan gelama ini memang enak seakan-akan rasa ikan kerisi. Musim ini gelama sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana pantai pun di area Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh gelagat-gelagat pemancing tega dalam memburu si ikan gelama ini. Gambar di sebelah adalah ikan Gelama Bongkok yang berjaya ku pancing semalam di Pantai Teluk Lipat Dungun, lihatlah saiznya agak menarik juga kan, saiz sebesar selipar ku yang bersaiz lapan. Ikan gelama ini ada berbagai jenis yang biasanya disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing Terengganu antaranya gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama ini yang aku tahu lah, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana.

2 comments:

Anonymous said...

Bro ikan layur tu best kalu buat masak Asam Pedas Ikan Layur, peh! menjilat jari tu... azwa kuantan

Min said...

azwa: ooo ok trima kasih...

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers