background img

Ikan Bulan

Assalamu'alaikum, semalam kami Pak Ripin, Pak Hasin, Zeman dan admin cuba mencari ikan siakap merah di Pelor, Kampung Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu. Mencuba nasib di awal musim selepas musim tengkujuh kerana giang yang amat sangat memancing ikan, sebelum ini team siakappaka hanya fokus kepada memancing udang galah sahaja di musim tengkujuh ini. Kami tiba di lokasi sekitar jam 6.10pm waktu itu air sungai sudah pun pasang penuh, ramai juga lah pemancing-pemancing yang tiba sebelum kami dan ramai jugalah di antara mereka yang memperolehi ikan siakap merah, kerapu, kikek dan pari lalat.

Sekitar jam 8.30pm joran Pak Ripin disentap ikan yang ganas anggaran berat sekitar 2kg dan anggaran juga ikan tersebut adalah si ikan siakap merah biasalah kalu dah ganas macam tu, melengkung joran Pak Ripin, malangnya dalam hampir 5 minit bergelut dengan ikan tersebut batu landung pancing beliau tersangkut di celahan batu dan menyebabkan beberapa minit selepas itu tali ibu pancing beliau terputus akibat geseran pada batu-batu tersebut. Sekitar jam 9.10pm joran admin pula disentap ikan yang ganas juga perkara yang sama dan nasib yang sama melanda Pak Ripin turut sama juga berlaku pada admin, alahai nasib-nasib... ikan-ikan itu tak nak naik ke darat. Selepas beberapa minit daripada itu sekitar jam 9.30pm Pak Hasin berjaya menaikkan ikan bulan seberat 600g berumpankan udang mati walaupun pada malam semalam bulan tak timbul-timbul dan air sungai sudah pun surut kering kiki.

Info: Ikan Bulan/Bulan-bulan merupakan ikan berukuran relatif sedang dari keluarga Megalopidae. Di beberapa daerah di Indonesia, ikan ini juga dikenal dengan nama Kampulan (Sulawesi Selatan), Seleh (Jawa Tengah), atau Trupang (Jawa Timur). Di Australia ikan ini dikenal dengan nama Indo-Pacific tarpon. Spesis ini memiliki warna keperak-perakan di bahagian samping tubuhnya, sementara bahagian punggungnya nampak hijau kebiruan. Sisiknya berukuran besar, dengan satu sirip punggung yang bahagian bawahnya memanjang dan berserat, hampir mengenai ekornya. Mulutnya mengarah ke atas, dimana rahang bawahnya memiliki tampal gigi yang memanjang dan bertulang. Ikan ini mampu mengisi gelembung renangnya dengan udara dan menyerap oksigen darinya.

1 comments:

Anonymous said...

uiii ini ikan kalu di sarawak di panggil bulan-bulan --- jong ti sarawak

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers