background img

Hiburan

Law Kaana Bainana - Malay Subtitle


Ikan Bulan

Assalamu'alaikum, semalam kami Pak Ripin, Pak Hasin, Zeman dan admin cuba mencari ikan siakap merah di Pelor, Kampung Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu. Mencuba nasib di awal musim selepas musim tengkujuh kerana giang yang amat sangat memancing ikan, sebelum ini team siakappaka hanya fokus kepada memancing udang galah sahaja di musim tengkujuh ini. Kami tiba di lokasi sekitar jam 6.10pm waktu itu air sungai sudah pun pasang penuh, ramai juga lah pemancing-pemancing yang tiba sebelum kami dan ramai jugalah di antara mereka yang memperolehi ikan siakap merah, kerapu, kikek dan pari lalat.

Sekitar jam 8.30pm joran Pak Ripin disentap ikan yang ganas anggaran berat sekitar 2kg dan anggaran juga ikan tersebut adalah si ikan siakap merah biasalah kalu dah ganas macam tu, melengkung joran Pak Ripin, malangnya dalam hampir 5 minit bergelut dengan ikan tersebut batu landung pancing beliau tersangkut di celahan batu dan menyebabkan beberapa minit selepas itu tali ibu pancing beliau terputus akibat geseran pada batu-batu tersebut. Sekitar jam 9.10pm joran admin pula disentap ikan yang ganas juga perkara yang sama dan nasib yang sama melanda Pak Ripin turut sama juga berlaku pada admin, alahai nasib-nasib... ikan-ikan itu tak nak naik ke darat. Selepas beberapa minit daripada itu sekitar jam 9.30pm Pak Hasin berjaya menaikkan ikan bulan seberat 600g berumpankan udang mati walaupun pada malam semalam bulan tak timbul-timbul dan air sungai sudah pun surut kering kiki.

Info: Ikan Bulan/Bulan-bulan merupakan ikan berukuran relatif sedang dari keluarga Megalopidae. Di beberapa daerah di Indonesia, ikan ini juga dikenal dengan nama Kampulan (Sulawesi Selatan), Seleh (Jawa Tengah), atau Trupang (Jawa Timur). Di Australia ikan ini dikenal dengan nama Indo-Pacific tarpon. Spesis ini memiliki warna keperak-perakan di bahagian samping tubuhnya, sementara bahagian punggungnya nampak hijau kebiruan. Sisiknya berukuran besar, dengan satu sirip punggung yang bahagian bawahnya memanjang dan berserat, hampir mengenai ekornya. Mulutnya mengarah ke atas, dimana rahang bawahnya memiliki tampal gigi yang memanjang dan bertulang. Ikan ini mampu mengisi gelembung renangnya dengan udara dan menyerap oksigen darinya.

Hujan Ikan

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu. Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara. Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004. Saksikan video fenomena hujan ikan ini...

Pesta Tangkap Ikan Sturgeon

BEBERAPA ekor ikan sturgeon dipamerkan di sebuah bar di Winneconne, Wisconsin pada Sabtu lalu.

TASIK WINNEBEGO, Amerika Syarikat (AS) - Pesta menangkap ikan sturgeon diadakan di Tasik Winnebego di Pipe, Wisconsin pada Sabtu lalu. Pada hari tersebut, para penangkap

Durian Mentangau



Sungai Durian Mentangau terletak di daerah Dungun, Terengganu di antara Bukit Baut dengan Sungai Air Hitam, Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah, jika perjalanan di ambil dari Paka dan telah melepasi Sungai atau Kampung Air Hitam terdapat satu simpan dan jalan besar di sebelah kiri di mana jalan ini menuju ke arah kampung tersebut, dan terdapat sungai di sepanjang jalan ini, Sungai itu lah yang diberi nama Sungai Durian Mentangau.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh lah memancing udang galah, patin, belida, sebarau, lampan, baung, siakapputih di sini, ikut lah nak berhenti di kawasan mana pun yang pentingnya udang galah di sepanjang sungai ini dikatakan agak banyak dan besar-besar juga, lagi satu admin nak kongsikan sedikit mengenai sejarah sungai ni. Mengikut cerita orang dulu-dulu, asal usul nama kampung atau Sungai Durian Mentangau ni adalah sempena terjumpanya dua batang pokok iaitu pokok Durian dan pokok Mentangau yang berhampiran, lalu orang-orang mula memanggil nama tempat ini "Durian Mentangau". Selamat memancing dan selamat bergembira dengan hasil tangkapannya nanti.

Berita GEMPAR! Ikan Paus Yu Gergasi

Semalam, dunia digemparkan apabila ada seekor Ikan Paus Yu Gergasi dilaporkan telah terdampar di pantai Pelabuhan Perikanan Karachi di Karachi, Pakistan dan kami

Ngail Udang Kelapa Sawit DM

Assalamu'alaikum, semalam 04 Feb 2012 Jam 11am, team siakappaka turun lagi untuk memancing udang galah tidak lain tidak bukan di sungai Durian Mentangau(DM) Dungun di lokasi belakang ladang kelapa sawit yang terletak lebih kurang 800m dari simpan besar Durian Mentangau. Tips: Sebenarnya udang tidak memilih sangat umpan apa yang kita nak guna, tak kisah lah nak guna cacing, umpun-umpun, isi ikan, cengkerik, udang beras dan hirisan jantung ayam yang pentingnya lokasi di mana terdapatnya udang yang banyak, satu lagi jangan main campak jer umpan kat mana-mana yang kita suka dan biar sikit jer umpan di kail supaya mudah udang tersangkut pada kail.
Sekarang ni, kalu ikutkan jadual air di kawasan Negeri Terengganu kebiasaannya di waktu pagi air surut dan air mulai pasang penuh sekitar jam 5.45 petang, jika tiba di lokasi yang keadaan airnya surut, maka carilah kawasan-kawasan yang banyak pokok-pokok tumbang atau celahan pokok-pokok yang rimbun di pinggir sungai ini kerana keadaan air sungai yang deras menyebabkan udang suka berselindung di sebalik reba-reba pokok tumbang tersebut kerana untuk mengelak dari dihanyut oleh arus yang deras. Bila air pasang pula, arus air sungai makin bergerak perlahan dan masa inilah udang-udang mula merangkak keluar dari kawasan reba-reba tersebut untuk mencari makanan dan masa ini juga lah mudah sikit untuk kita memancing, campak jer umpan dan kail di kawasan lapang sikit dah ok. Sedikit sebanyak tips untuk memancing udang, selebihnya terpulang pada rezeki masing-masing, paling kerap turun memancing, makin cepat la memahami cara-cara terbaik untuk memperolehi hasil tangkapan yang lumayan.
Ikan Mystus spp nama saintifik ikan Baung yang tersangkut di kail ketika memancing udang galah semalam, ikan ini tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah, memancing ikan ini dengan menggunakan umpan sabun (benar cerita ini, saya telah menontonnya dalam rancangan "River monsters" pemancing terkenal-Jeremy Wade).

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Assalamu'alaikum... kepada geng-geng kiter... pada pagi yang indah di hari Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi 
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita

Kepentingan Ilmu Tasawuf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim...

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan
sesuatu ibadah yang dilakukan.

Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan-kelebihan tertentu
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers