background img
Musim candat sotong biasanya akan bermula selepas angin monson di Pantai Timur berakhir sekitar bulan April ke atas 2016. Bulan April, Mei dan June 2016 adalah bulan terbaik untuk mencandat sotong terutamanya 3 hari ganjil di pertengahan bulan Islam iaitu 13, 15 & 17.
Mulai bulan April 2016 aktiviti cadat sotong sudah pun bermula oleh nelayan tempatan dan kebiasaannya aktiviti ini berterusan selepas Raya Aidilfitri sehingga datangnya semula
angin monson pantai timur.
Gambar menunjukkan aktiviti bersama mencandat sotong antara group Infotech UiTM dan Teliti Infotech Sdn. Bhd. pada 18-19 Mei baru-baru ini di lokasi perairan laut Kemaman Terengganu.

Candat Sotong 2016

Mi'raj Nabi Muhammad naik ke atas Sidratul Muntaha TIDAK bererti Allah bertempat di atas Sidratul Muntaha. Maha Suci Allah... Allah Ta'ala Wujud TANPA Bertempat, TIDAK Berjirim, TIDAK Berjisim
Di atas Sidratul Muntaha baginda Nabi mendengar kalam Allah tanpa perantaraan Jibril lalu difardhukan Solat. Nabi Musa juga mendengar kalam Allah yg bukan huruf, suara dan tidak berbahasa itu ketika itu Nabi Musa berada di Gunung Tur Sina maka tidak juga bererti Allah bertempat di gunung Tur Sina.. Nabi Adam mendengar kalam Allah ketika itu Nabi Adam berada dalam syurga maka tidak bererti Allah duduk dalam syurga.
Siapa yg beranggapan Nabi Muhammad naik ke atas Sidrarul Muntaha utk melihat Allah yg berada/bertempat di situ.. maka dia telah tersasar lagi sesat krn tiada satupun dalil Quran dan Hadith Sahih yg menyatakan sedemikian serta dia telah menyamakan Allah dengan makhluk.
- tazkirah Subuh akidah israk mikraj -

Akidah Israk Mikraj

Lokasi di Mengabang Telipot Kuala Terengganu, Terengganu.

Alu-alu, Haruan Tasik & GT

Lokasi di Mengabang Telipot Kuala Terengganu, Terengganu.

Pantai Seberang Takir nama yang tidak asing lagi yang telah terkenal dari dulu-dulu lagi yang semestinya terletak di daerah Kuala Nerus Terengganu, di hujung minggu pemandangan pantai ini akan menjadi lebih indah dan riang kerana dihiasi oleh pengunjung-pengunjung yang datang ke sini untuk berkelah dan memancing.
Sekarang telah tiba saatnya pesta memancing ikan Gelama dan Bulus datang lagi di pantai ini, lihatlah pemandangan di sini riuh dengan gelagat pemancing-pemancing yang membuatkan sepanjang pesisir pantai ini menjadi sesak.
Berduyong-duyong rakyat di Terengganu datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama dan Bulus, ada yang bawa keluarga, teman-teman dan ada juga yang memancing sampai ke pagi.

Kebanyakkan para pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran selipar bersaiz 7 seberat 300-400g. Selain spesies Gelama dan Bulus, spesies seperti Pari, Ebek, Talang dan Gerong juga menjadi sasaran kaki-kaki pancing yang datang untuk menikmati aktivi memancing di sini.

Pesta Memancing Gelama & Bulus

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers