Port memancing yang terkenal dengan spesis Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kerapu dan Talang ini terletak di Kerteh, salah satu tempat terpenting di daerah Kemaman. Dulu kawasan Kerteh ini adalah kawasan rawa dan dipenuhi dengan air.
Kemudian tempat yang berawa ini kering dan berubah menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' dalam Bahasa Terengganu, akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang Kerteh/Kertih.
Seberang Takir Kini
Salah satu port memancing terkenal di Negeri Terengganu iaitu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir daerah Kuala Nerus, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini adanya rumah-rumah api, penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk dan adanya juga jambatan angkat serta pesisir pantai yang cantik dan terkenal seakan berada di Miami Beach.
Port inilah yang menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan laut dan ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Gerepuh, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Masjid Kg. Seberang Takir yang sekarang ini giat dibina berhampiran sungai dan jeti bot penambang yang pastinya akan menjadi tarikan pengunjung kerana lokasinya yang strategik dan pemandangan yang cantik.
Penyu Rantau Abang
Penyu bertelur pada 01/08/2019 di Rantau Abang sebuah tempat pelancongan yang terletak di 22km utara dari Kuala Dungun dan 80km dari Kuala Terengganu, tempat yang terkenal dengan kehadiran penyu-penyu bertelur di antara bulan Mac hingga Ogos. Mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam sesuai penyu mendarat di pantai tersebut.
Misi Kaloi
Misi mencari Kaloi Julai 2019 di Empangan Kelau, sebuah empangan di Pahang setinggi 30m seluas kawasan 24km persegi di Sungai Kelau, Raub, Pahang di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor. Kaloi (Osphronemus goramy) adalah satu spesies ikan sepat besar yang berasal daripada Asia Tenggara. Spesis ini mempunyai kepentingan komersial sebagai sejenis ikan untuk dijadikan makanan dan juga banyak diternak secara akuakultur. Ia boleh dibeli sebagai ikan hiasan. Selain itu, ikan Kaloi juga digunakan untuk mengawal rumpai kerana merupakan sejenis ikan herbivor yang pelahap.
Ikan Kaloi hidup di dalam air tawar atau payau, terutamanya di kawasan aliran perlahan seperti paya, tasik, dan sungai besar. Ia mampu bernafas dengan menggunakan udara lembab, oleh itu ia mampu hidup tanpa air untuk jangka masa yang lama. Ikan Kaloi bersaiz lebih besar daripada kebanyakan jenis gourami, membesar sehingga panjang maksima 70 cm (28 in), meskipun kebanyakannya hanya bersaiz sekitar 45 cm (18 in). Dari segi warnanya, ia berwarna pucat sehingga kuning emas, dengan sisik perak, jalur biru pucat yang merentasi badannya secara menegak. Ikan betina boleh dikenali dengan bibir mulut yang lebih tebal ia membuat sarang dengan menggunakan rumpai dan ranting pokok.
Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
Giant snakehead VS flap Jack
-
cast with my friend this morning..my second cast get strike by Giant
snakead..yeahh!i cought 62cm using Strike Pro Flap Jack lure
reel: Daiwa Zillion PE S...
Rezeki@ laut muara
-
Al-kisah...kemarin Dlah & Jai turun mengail dikawasan laut muara hanya
melawat raba raba alhamdulillah ada jua razaki di bawa balik untuk makan
sekeluarga.
-
Assalamualaikum W.B.T. Apa kabar dan selamat tahun baru 2015.. Dah lama GP
tak tulis artikal berkenaan memancing.. Insyaallah tahun baru ini GP akan
beraz...
PERTANDINGAN BULAN MAC 2012
-
tarikh : 11/03/2012 (ahad)
masa :3PM – 7PM
yuran: RM50
~~KG ULU LALANG RANTAU ,SEREMBAN~~
(BERHADAPAN JALAN BESAR & BERDEKATAN MASJID)~
*HADIAH*
1. Rm3000...
-
Memburu Si”Monster” Andaman Sea, Burma. Demi merealisasikan impian memburu
ikan bersaiz “Monster”, 12 orang pemancing dari Kuala Lumpur dan seorang
dari Ka...
UPSR- Peluang Dalam Debaran
-
UPSR~Setiap jiwa pendidik pasti turut sama merasai debaran apabila
menjelang hari ITU. Tidak boleh tidak aku pun turut terkena tempias debaran
tersebut. B...
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup”
-
Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo
meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau
Pinang. Ke Ut...
Mengesan Lubuk Baru Sungai Bernam
-
*ASSALAMMUALAIKUM and HI all*
**since i receive few calls from non Malay friends who interested with my
blog, *
*U guys make me smile dude! Thanks and do...
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
-
Alhamdulillah.... 5 ekor mj tumpas drave grandmaster battler action mmg
cantek bila melakukan sentapan apabila ikan menyambar umpan lebih2 lagi
apabi...
Lapangan Baru Sotong
-
Salam perjuangan untuk semua rakan sehobi. Setelah sekian lama menyepi,
ambe kembali lagi ke laman maya* sotonglaut* untuk meneruskan sisa-sisa
perjuangan...
TRIP CARI LAUK SAHUR Ramadhan 2019
-
04/06/19: Hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran bulan
Ramadhan, seawal jam 7, bot yang memuatkan 8 orang penagih tegar ‘jigging’
meme...
Mengapa blog saya tiada pada carian Google?
-
“Saya telah buat blog sendiri,tapi bila saya search google masih tak
jumpa.dimana silapnya”.Demikian lah antara soalan yang selalu timbul bagi
anda yang...