background img

Lubuk Panjang Sungai Kelmin


Trip memburu Kelah & Tengas pada 28/07 - 29/07/2016 Khamis - Jumaat baru-baru ini yang dianggotai oleh Hafiz, Kamal, Sarwari(C), Zamri, Riduan Bidin, Ustaz Imtiaz, Hadi & Hazamin dari group SMSO98.. Lokasi buruan kami ialah di Lubuk Panjang Sungai Kelmin, Jerangau Hulu Dungun, Dungun, Terengganu Darul Iman. Jarak lokasi dari bandar Dungun ke Kampung Talong hampir 52km lebih kurang 40min masanya dan dari Kampung Talong hingga ke lokasi Lubuk Panjang dengan menyusuri Sungai Kelmin kira-kira 5km dengan mengambil masa hampir 40min bergantung pada keadaan air sungai jika arusnya laju kemungkinan besar masanya lebih lama lagi dan berisiko tinggi.. Jika ke lokasi ini pasti anda akan berpuas hati dengan menikmati keadaan bentuk geografinya yang cantik dan menarik dengan didiami pula kehidupan sungai seperti spesis Kelah, Tengas, Sebarau, Haruan, Pantun, Baung, Tapah, Lampan dan lain-lain lagi sesuai benar bagi anda yang kaki mancing dan kaki gambar.

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers