background img

Menyelam Jangan Sampai Karam

Kita kerja sebagai penyelam mutiara. Bos kita kata, "Mung cari mutiara banyok-banyok. Tapi ingat... dalam laut nun comel, jangan ralik... tangki oksigen tu tahan 2 jam joh!". Kita kata, "Bereh bossss!".

Bila buat selaman, kita terkemamaaaaa.... terpesona dengan comelnyooo dunia laut!. Sentuh sana sentuh sini, ambik gambar gitu gini, terlupo yang oksigen nok habis dohhhh... boboq(kelam kabut jadinya), nasib baik berjaya naik. Bila bos tanya, "Mano mutiara hok aku suruh mu cari?", kita pun dok tahu nok jawab guano doh la... memang kita kerah pedal, kita cari pasalllll...

Gitulah kita hidup di dunia ini, tempoh kita ada penamat ibarat oksigen yang digalas penyelam. Dunia memang comel tapi jangan lupa tugas kita di dunia. Gapo dia? Cari sendiri.... Kita besar jeregut doh belako... hok lain kita boleh kutip cari, takkan hok hakiki(siap ada akur janji dengan Allah lagi), kita dok reti. Cepatlah kita cari mutiara!. Bos... kalu dio nok panggil, dok kiro masaaaa...

Semoga bermanfaat.
Dr. Nazif

Sebarau

Spesies pemangsa air tawar yang bersisik di perairan Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus, lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil. Badannya terdapat satu belang hitam, kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam.

Teknik: Casting.
Pemancing: Izzat.
Lokasi: Kuala Jengal, Dungun.

Pesta Mancing Gelama

Di mana? semestinya di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu. Berduyong-duyong rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama, ada yang bawa keluarga, rakan-rakan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi, kebanyakkan pemancing-pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 & 8 seberat 300-500g, terutamanya spesies gelama yang bergelar bongkok.

Teluk Lipat, nama pantai yang telah terkenal dari dulu lagi yang semestinya terletak di daerah Dungun Terengganu, di musim begini pemandangan akan menjadi lebih indah jika dilihat pada waktu malam seakan-akan seperti pesta malam kerana sepanjang pantai yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap kaki-kaki pancing yang memancing di pantai ini.

Kebanyakannya mereka pasti akan menikmati hasil tangkapan ikan Gelama, Bulus, Pari, Ebek, Talang dan Gerong. Jom ramai-ramai ke sini, kita pakat mancing ikan Gelama, gambar jelas menunjukkan suasana keriuhan serta gelagat pemancing-pemancing dan keluarga menikmati aktiviti memancing, bagi sesiapa yang belum pernah memancing cuba-cubalah datang memancing di sini sudah tentu kalian akan jadi gila memancing.

Haruan

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). 

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia iaitu Haruan, Ruanjuk, Bujuk dan Red Tailed Snakehead. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar 1kg.

Pemancing: Izzat
Teknik: Casting

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers