i-City Terengganu
Terletak di Pulau Warisan bersebelahan Pasar Payang berdekatan dengan Chinatown di bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Kenapa dipanggil i-City kerana di sini terdapat banyaknya pokok-pokok bercahaya dengan lampu yang berwarna-warni seakan-akan i-City Shah Alam. Walaupun tak sehebat i-City Shah Alam yang pastinya ianya percuma, tak mahal macam i-City Shah Alam, parking percuma, makanan yang dijual di sini pun tak mahal, tempat pun menarik serta terdapat Hotel Seri Malaysia yang cantik dan berpatutan.Selain sebagai tempat pelancongan dan beriadah, ianya juga sebagai tempat utama kaki-kaki pancing memancing di sini sehinggakan tempat ini menjadi sesak berpunca dari pemancing-pemancing tegar terutamanya pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Dengar khabarnya spesies-spesies ikan yang berjaya didaratkan di kawasan ini sudah tentulah dari spesies kelas A seperti Siakap Putih, Siakap Merah, Kuku Putih, Pari dan Jenahak. Spesies Gelama dan Bulus juga turut berkunjung di sini jika kena dengan musimnya.