Kampung Minda
Salam, kali ini penulis ingin menceritakan lokasi memancing di Sungai Kg. Minda Dungun, Terengganu. Kg. Minda terletak di Hulu Dungun, Terengganu iaitu di Dun Bukit Besi, di antara Kg. Tepus dan Kg. Talong serta Kg. Rantau Panjang melalui jalan Kuala Jengal yang mana jalan ini terus menghala ke lokasi pelancongan yang menarik iaitu Chemerong yang terkenal dengan air terjun yang indah dan cantik.Perjalanan dari Dungun ke Sungai Kg. Minda ini mengambil masa kira-kira 40 minit iaitu sejauh hampir 50km. Semestinya ikan Patin, Kelah, Sebarau, Baung, Lampan dan Udang Galah yang mendiami di sungai ini. Kampung ini berlatarbelakangkan perkampungan pertanian dan perkebunan yang terkenal dengan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang menarik seperti durian, salak, langsat, duku, rambai, manggis, petai, jering dan sebagainya. Gambar menunjukkan Sungai dan Kampung Minda yang indah, sejuk dan damai.