background img

Kelisa

Ikan Kelisa/Arowana juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya. Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor.

Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesis ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.

Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

Pemancing: izzat

Kelah - King of the River

Lokasi di Sungai Saok, Tasik Kenyir. Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, memiliki bibir dan mulut yang besar dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di Asia Selatan. Spesis ini mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing. Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar. Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.

Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Terdapat lebih daripada 19 spesis kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesis. Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah, habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai, selain itu ikan ini juga adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju, Spesis ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kg.

Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik. Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping. Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.

Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus. Keistimewaannyaamat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“.

3 jenis dan spesis Kelah yang boleh didapati di Malaysia antaranya ialah Tor Tambra, Tor Tambroides dan Tor Duoronensis. Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya. Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat.

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”. Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter. Pada masa sekarang, harga ikan kelah hidup untuk tujuan makan – restoran ialah RM80/Kg borong - mati dan RM150/Kg borong – hidup. Sementara untuk tujuan hiasan antara RM500/Kg ke RM1000/Kg.

Santuari Kelah TMM2014

Tahun Melawat Malaysia TMM2014, Santuari Kelah Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Tarikan Semulajadi Sempena TMT 2014 Tahun Melawat Terengganu 2014. Lubuk Ikan Kelah Keindahan Alam Semulajadi di Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai di Negeri Terengganu Keindahan Pantai Timur disenaraikan sebagai Kawasan Pelancongan Baharu yang mesti dikunjungi sekiranya berkunjung ke Negeri Terengganu. . 

Info Pelancongan Terengganu: Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.Pelbagai kemudahan termasuk pusat penyelidikan, pusat pembenihan, galeri dan akuarium ada di Kompleks Santuari Kelah Sungai Petang. Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dengan

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers