background img

Lautan



Majlis Konvokesyen

Pada 16 Nov 2013 (Sabtu), saya hadir majlis konvokesyen para pelajar saya. Saya ucapkan ALHAMDULILLAH, TAHNIAH dan berbangga dengan kejayaan mereka.  Tetapi focus perbincangan saya di sini ialah analogi menunggu di majlis konvo ini dengan menunggu penghakiman Allah swt di akhirat.

Seramai lebih 300 graduan yang menerima skrol mereka pada Sidang ini daripada keseluruhan 1,000 lebih graduan untuk majlis konvokesyen selama 3 hari ini. Anda suka menunggu? – menunggu bini shopping, giliran di bank, dalam deretan kenderaan semasa kesesakan lalu lintas/di plaza tol, untuk masuk ke bilik rawatan di hospital/klinik. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak suka menunggu. Sidang yang saya hadir ini berlangsung selama +- 3 jam (menunggu sebelum masuk dewan, berbaris untuk masuk ke dewan dan duduk dalam dewan). Setiap graduan

Ustaz Dhomiruddin







Kuku Tebing Tembah

Ikan: Kuku Putih.
Berat: 900g.
Umpan: Udang mentah.
Masa: Air pasang, jam 11.00pm.
Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun.
Pemancing: Pak Ripin.

Pari Paka


Dasyatis uarnak adalah nama saintifik spesis ini yang sedap dimakan terutamanya dengan masakan kari, lemak cili padi dan asam pedas yum yum. Ekor spesis ini terdapat taji yang diselitupi racun berbisa, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun pada tajinya adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan dan boleh mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk
mempertahankan diri.
Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Jika dah dapat pari ini cara mudah dan selamat untuk membuang tajinya dengan terbalikkan ia kemudian pegang ekornya dengan berhati-hati dan patahkan tajinya.

Ikan: Pari Lalat
Total: 2.5kg
Photo 1: 1.4kg
Photo 2 kiri: 1.1kg
Masa; Air pasang
Umpan: Udang hidup
Lokasi: Sungai Kampung Tebing Tembah Paka (Pelor)
Pemancing: Amer

Kuku Paka

Spesis ikan gred A kategori sungai dan muara sungai, spesis ikan yang gemuk yang dicari-cari oleh kaki pancing, sesuai dimasak kari dan lemak cili padi kerana rasa isinya tersangat lah sedap, tebal dan lembut. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Spesis: Kuku Putih
Berat: 1kg
Umpan: Udang
Masa: Air pasang, jam 10.00pm
Lokasi: Sungai Kampung Tebing Tembah, Paka.
Pemancing: Amer

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers