background img

Lailatulqadar

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan sahabat beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan sebab nak ganjaran 83 tahun pahala... orang zaman sekarang iktikaf di pasaraya sebab nak 80% diskaun... Akhirnya kita telah sampai di fasa terakhir ramadhan. Fasa di mana tersembunyinya malam yang penuh berkat, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, iaitu Lailatulqadar.

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatulqadar sengaja di sembunyikan oleh Allah Ta'ala agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Dalam kita mencari malam al-qadar ini, jangan lupa untuk memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita. Berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam.

Dari 'Aisyah r.a., katanya, saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى"
Ya Allah pertemukanlah kami semua dengan Malam Lailatulqadar... InsyaAllah... 10 malam inilah merupakan malam yang sebenarnya... pecutlah selagi mampu... gandakanlah amal ibadah... amatlah rugi jikalau kita keluar daripada Ramadhan ini... tapi dosa-dosa kita masih belum diampunkan Allah Ta'ala...

Kurau Ramadhan

Kurau & Gelama,
Selepas terawih semalam 19 Ramadhan, saya mencuba nasib memancing kurau di lokasi Pantai Kuala Dungun dengan membawa umpan udang mentah, wal hasilnya dapat juga ikan kurau dan gelama Alhamdulillah, InsyaAllah esok akan berbuka dengan gulai kari ikan kurau, hihi......


Amer...

Jualan Lipan Bara Beku

Saya menjual lipan bara beku makanan sampingan haiwan seperti ikan arowana, burung ada yg bt umpan pancing bg kaki pancing dan ada yg bt menahan ayam hutan berminat pm atieh min 3 ekor max 3000 ekor, harga rm3/ekor.... bg postlaju rm10 setiap post... 

Hubungi atau msg 0193089052, email atiehpakya@yahoo.com, Atiehpakya berasal dari kedah dan menetap di shah alam.

Tetamu

Ada tetamu nak mari ke rumah kita. Dia royat lama doh yang dia nak mari. Dia kata nak mari duduk dengan kita selama sebulan. Dia kata dia nak bawa macam-macam hadiah kepada kita. Hadiah yang besar-besar. Yang berganda-ganda besarnya daripada hadiah yang dibawa oleh tetamu lain. Kita suka atau tidak dengan kedatangannya? Adakah kita buat persiapan yang sepatutnya untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa ini? Namun, dia kata dia hanya mari ke rumah kita sekali saja tahun ni. Kita tanya dia, “Rumah orang lain dok gi ke?’. Dia kata dia ada gi rumah salah seorang ahli keluarga/kawan/jiran/rakan sekerja kita, namun tuan rumahnya dah “balik kampung”. Allahuakbar!. Rasa bertuah atau tidak kita ni?. Manfaatkanlah peluang ini sebaik mungkin. Walaupun tetamu tadi kata dia akan mari pulok tahun depan, takut-takut masa tu....kita pula

Kebenaran perlu diperkatakan

Dr Muhammad Morsi adalah:
1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .
2) Presiden awam yang pertama.
3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.
4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.
5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
8) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.
9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

From Malaysia We Support Mohammed Morsi pray for mesir & syria

Ramadhan 1434H

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, dan ditutupkan pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan..."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
---------------------------------------------------
Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1434H...
---------------------------------------------------
2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulan untuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran

Kurau Kuala Dungun

Assalamu'alaikum semua... kami (Amer & Pak Ripin) turun memancing semalam pada pukul 10.00 malam di lokasi Pantai Kuala Dungun ingin memburu Kurau dan Gelama sebanyak mungkin, memang kami dah target dari awal lagi kerana minggu ni air surut pada lewat malam, seperti mana kita ketahui ikan Kurau atau Senangin gemar bermain di kawasan-kawasan perairan pantai yang tenang dan cetek. Kami hanya menggunakan umpan hirisan udang mentah yang dibeli di supermarket walaupun kita semua tahu umpan yang terbaik dalam memancing ikan Kurau atau senangin ini adalah udang hidup, ikan belanak dan sotong, bahkan gewang dan fly juga dikatakan boleh digunakan jika kena dengan caranya.

Wal hasilnya inilah ia ikan kurau bersaiz 1kg seekor yang berjaya kami pancing semalam, sambaran kurau pertama semalam dan berjaya dinaikkan pada jam 12.35am dan tangkapan kedua pula yang berjaya Pak Ripin naikkan sekitar jam 1.10am, ini menunjukkan semestinya spesis kurau ini adalah spesis yang hidup secara berkumpulan. Kami pulang pada jam 2.30am dengan total keseluruhan tangkapan sebanyak 19 ekor. 2 ekor Kurau, 1 ekor Senangin dan 16 ekor Gelama Bongkok sebesar tapak tangan semuanya... Alhamdulillah syukur...

20 Penyebab Terbatalnya Akidah

Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batallah Iman mereka..

1. Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T.
2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T.
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.
5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya.
6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah.
7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
8. Menyintai dunia lebih dari akhirat.
9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya.
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah.
12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin.
13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.
16. Tidak mengetahui ma’rifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya.
17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku’ bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Ka’bah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
20. Berperasaan riya’.
sumber : LamanKongsi.Blogspot.com

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers