background img

Gelama Terakhir

Assalamu'alaikum... Jam 8.40pm kami(Amer, Pak Ripin & Hazamin) turun lagi memancing gelama semalam, kali ini di kawasan pantai teluk lipat di benteng taman selera Dungun, tambahan pula cuaca yang agak baik dan air laut berkeadaan pasang penuh sehinggakan ramai pemancing-pemancing lain turut serta turun menghuni di kawasan ini sehingga sesak sampai ke pantai Kuala Dungun.
Alhamdulillah... rezeki gelama yang berlimpah ruah kami perolehi semalam sehingga tak terkira bilangannya membuatkan kami tidak berganjak sehingga ke pukul 3.00am, antara ikan gelama yang kami perolehi ialah gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama. Gambar menunjukkan antara gelama-gelama terbesar yang diperolehi semalam, lihatlah saiznya agak menarik juga, saiz sebesar selipar yang bersaiz sembilan dan mungkin inilah gelama-gelama terakhir sebelum tibanya musim tengkujuh tidak lama lagi.

Kawallah Kemarahan

     "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api, dan api dipadamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah berwudhu'."(HR Abu Daud)
     "Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring."(HT Abu Daud)
     "Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia dapat mengawal diri dan perasaanya dengan baik ketika marah."(HR Bukhari)

Gelama Gigi, Bongkok & Senangin

Assalamu'alaikum, semalam dikatakan cuaca yang agak baik, air laut mulai pasang dan berombak sederhana kecil jadi kami (Hazamin & Amer) turun memancing di lokasi belakang sekolah kebangsaan cina atau pantai Kuala Dungun dalam mencari si ikan gelama sebanyak mungkin sebelum tibanya musim tengkujuh. Alhamdulillah, ada lah rezeki juga gelama gigi, gelama bongkok, gelama epuk, ikan bulus dan ikan senangin adalah spesis ikan yang berjaya kami perolehi semalam berumpankan hirisan udang. Rajah menunjukkan ikan senangin, gelama bongkok dan gelama gigi terbesar yang berjaya dipancing semalam.
Info senangin, dari segi fizikal, senangin mudah dikenali kerana warna dan bentuk badannya. Ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spesis senangin yang berlainan warna, tetapi selalunya spesis yang kerap ditemui adalah berwarna putih-keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling tubuhnya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.
Senangin hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek seperti tukun-tukun atau kawasan berbatu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau. Dari segi tumbesarannya, biasanya ia boleh mencecah berat antara satu hingga empat kilogram. Tetapi kadangkala senangin mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18 kilogram bergantung kepada keadaan persekitarannya. Senangin boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim dan spesis ini menjadi buruan utama para nelayan kerana permintaan dan harganya yang sangat tinggi.

Ketam Laut

Ketam Laut adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, biasanya mempunyai ekor yang amat pendek di mana abdomennya keseluruhannya tersembunyi di bawah thoraks. Ia diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae. Spesis ini dijumpai di semua lautan dunia, sekarang ketam ini dijumpai dan tersangkut pada kail pancingan bro Amer di kawasan Pantai Kuala Dungun, belakang sekolah kebangsaan cina.

Patin Raksasa 51Kg

Isnin, November 05, 2012: Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg di Teluk Noan, Muara Pahu Kutai Barat. Ikan tersebut sedang timbul di permukaan kerana pening dipercayai akibat ada orang yang tidak dikenali menuba sungai tersebut.

“Banyak ikan yang mabuk akibat terkena tuba lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai," kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang sering memancing di sungai itu. Ikan tersebut masih mepunyai tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai. Ikan yang ditangkap itu , memecahkan rekor hasil tangkapan ikan patin di indonesia. Sebelumnya ada nelayan dari palembang yang berhasil menangkap ikan patin di sungai musi seberat 43 kg dan panjang 1.3 meter pada 16 desember 2010 silam. Catatan Oleh alhusseyn

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers