background img

SALAM AIDIL ADHA


Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

SALAM AIDIL ADHA DARI KAMI SIAKAPPAKA UNTUK SEMUA PEMBACA MUSLIMIN & MUSLIMAT...

Tuka

Dalam sibuk memancing siakapmerah semalam tersangkut pula si ikan Tuka atau Tetuka pada kail. Pasti sedap jika dibakar dan dicicah dengan kuah asam atau juga enak jika dibuat kari, stim, tiga rasa serta asam kuah lada. Tuka adalah spesis anak ikan pari yang banyak dan tidak terancam dari dulu sehingga sekarang, saiznya kecil sahaja sehingga paling besar dua belah telapak tangan dewasa bersaiz besar, habitatnya laut terutama di persisir pantai dan di muka kuala, dietnya pula ialah anak udang, anak ikan, ketam angin dan hirisan ikan, udang serta sotong. Tapi awas, berhati-hati dengan sengat di ekornya sama seperti bisa sengat ikan pari dewasa.

Masa: 10.00pm
Pemancing: Admin
Lokasi: Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Trg.

Ikan Depu

Sekali dilihat ianya seakan-akan ikan Kerapu Singa. Tetapi sebenarnya inilah ikan depu. Ianya bewarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae. Spesis ini akan menyedut buruannya dengan sirip besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana Senjatanya iaitu duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut. Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh lansung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.

Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada wikipedia di antaranya:
  1. Ikan Depu Kerapu 
  2. Ikan Depu Layer 
  3. Ikan Depu Tebuan
  4. Ikan Depu-Batu Karang 
  5. Ikan Depu-Belang Karang 
  6. Ikan Depu-Belang Karang 
  7. Ikan Depu-Belang Zebra 
  8. Ikan Depu-Belang Zebra 
  9. Ikan Depu-Kala Janggut 
  10. Ikan Depu-Kala Jingga 
  11. Ikan Depu-Kerapu Bara 
  12. Ikan Depu-Kerapu Karang 
  13. Ikan Depu-Kerapu Sisik 
  14. Ikan Depu-Laut Dalam Lolong 
  15. Ikan Depu-Laut Gelang 
  16. Ikan Depu-Lebah Abu 
  17. Ikan Depu-Lebah Jalur 
  18. Ikan Depu-Sengat Bongkok 
  19. Ikan Depu-Sengat Janggut 
  20. Ikan Depu-Singa Zebra

Sembilang Pelor

Habitat ikan sembilang berbeza daripada ikan keli. Ikan sembilang tidak hidup di air tawar, manakala ikan keli pula hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua-dua spisis ini. Ada yang tidak menggemari ikan ini kerana ia berasa sedikit hanyir. Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis, basuhnya dengan air asam jawa atau rendam dengan air garam selepas menyiangnya. Bilaslah dengan air biasa, dengan cara ini ianya dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini.
Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya. Ini juga dapat mengurangkan hanyir ikan sembilang ini. Gambar ikan sembilang seberat 3.3kg yang berjaya dipancing oleh Bro Amer Hafzan di lokasi Pelor, Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu berumpankan udang hidup, pada mulanya pemancing ingatkan si ungah atau si siakap merah sehingga berkocak air ketika spisis ini timbul di permukaan air.

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers