background img

Salam Aidilfitri

bulan ramadhan hampir kepenghujung
hari lebaran bakal menjelma
tangan dihulur jari sepuluh disusun
mohon

Puasa Ramadhan & Kelebihannya

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, sekarang kita telah masuk pada hari ke 18 Ramadhan 1432H hari dan peringkat keampunan dari Allah Ta'ala, mudah-mudahan kita semua dapat menjalani amalan-amalan ibadah dengan lebih mantap lagi, di sini ingin saya nak kongsikan sedikit maklumat yang dipetik dari halaman blog Ustaz Sham Dungun Terengganu. Puasa di bulan Ramadhan tidak boleh ditetapkan begitu sahaja bahkan ia wajib diketahui melalui melihat anak bulan atau telah cukup 30 hari bulan sya'aban.

Sabda Rasulullah:

لا تقدموا رمضان بيوم أو يومين صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فإكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما

Yang bermaksud : Jangan kamu mendahului puasa dan berbuka puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan ramadhan dengan cara melihat anak bulan, jika tidak kelihatan maka hitunglah sehingga cukup 30 hari dalam bulan sya'aban.

Dan ketahuilah bahawa kefardhuan puasa di bulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya. Dan kewajipan berpuasa dikira sebagai satu kewajipan di atas semua orang Islam sama ada alim ataupun jahil, maka barangsiapa yang mengingkari akan kewajipannya maka dia

Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah bukan dicipta dari manusia).

Hari ini 9 Ramadhan 1432H, di hari dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama berkongsi tips-tips bagaimana cara yang mudah untuk mencari dan menghafal muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. Mari kita cuba, Jom sama-sama kita belajar...

Beberapa Perkara Yang Dibolehkan Bagi Orang-Orang Yang Berpuasa (Sambungan)

5. Mengeluarkan darah, transfusi darah dan suntikan yang tidak mengandung makanan.

Selama kondisi kita baik-baik saja, dan tak membawa mudhorot bagi diri kita, setelah kita donor darah, maka diperbolehkan donor darah saat berpuasa. Selain itu jika kita disuntik namun suntikan yang tidak dimaksudkan sebagai makanan.maka hal ini juga diperbolehkan bagi orang yang berpuasa.

6. Berbekam.

Bekam atau hijamah adalah teknik pengobatan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Perkataan Al Hijamah berasal dari istilah bahasa arab : Hijama (حجامة) yang berarti pelepasan darah kotor. Sedangkan dalam bahasa Inggris disebut dengan cupping, dan dalam bahasa melayu dikenal dengan istilah Bekam. Di Indonesia dikenal pula dengan istilah kop atau cantuk.

Dahulu berbekam merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudian dihapus dan telah ada hadits shahih dari Nabi, bahwa beliau berbekam ketika puasa. Hal ini berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbasd :“Sesungguhnya Nabi berbekam, padahal beliau sedang berpuasa” [HR. Bukhari 4/155].

7. Mencicipi makanan.

Hal ini dibatasi, yaitu selama tidak sampai di tenggorokan berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas : “Tidak mengapa mencicipi sayur atau sesuatu yang lain dalam keadaan puasa, selama tidak sampai ke

Beberapa Perkara Yang Dibolehkan Bagi Orang-Orang Yang Berpuasa

1. Memasuki waktu subuh dalam keadaan junub.

Diantara perbuatan Nabi adalah masuk fajar dalam keadaan junub karena jima’ dengan isterinya, beliau mandi setelah fajar kemudian shalat. Dari Aisyah dan Ummu Salamah -Radhiyallahu ‘anhuma- : “Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam keadaan junub karena jima’ dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa”. [HR. Bukhari 4/123, Muslim 1109].

2. Bersiwak/Menggosok gigi.

Rasulullah bersabda: “Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudlu”. [HR. Bukhari 2/311, Muslim 252].

3. Berkumur dan Istinsyaq (memasukkan air ke hidung).

Karena beliau berkumur dan ber-istinsyaq (memasukkan air ke hidung) dalam keadan puasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebihan ketika ber-istinsyaq.

Rasulullah bersabda : “… Bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa”. (HR. Tirmidzi 3/146).

4. Bercengkrama dan mencium isteri.

Aisyah -Radhiyallahu ‘anha- berkata:

Ramadhan Kareem

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a, Nabi SAW bersabda (yang bermaksud) : "Sesiapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu."

Dalam hadith yang lain, siapa yang berpeluang dia diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga. Sahabat bertanya “siapakah orang itu?. Jawab Nabi “‘orang yang beri makan orang berpuasa”. Allah ampun dosa orang yang beri makan orang berpuasa. Seteguk susu atau sebiji buah kurma pun sudah cukup untuk dapat kelebihan.

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau

Salam Ramadhan Al Mubarak

Dikesempatan pagi yang mulia ini kami dari group Siakappaka ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhoan Allah.

Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers