background img

Tanggapan Salah Mengenai Nisfu Sya'ban

Malam Nisfu Sya’ban

Bulan Sya’ban bakal menjelma dan akan disusuli pula dengan bulan Ramadhon yang mulia. Maka amat beruntunglah mereka yang memperbanyakkan amal ibadah, beruntunglah mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menyahut kedatangan hari akhirat dengan semangat yang tinggi. Setiap amalan yang dikerjakan hamba dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah maka baginya atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan mendapat sepuluh pahala, ini adalah sekurang-kurang pahala yang bakal dia perolehi, kemudian Allah Ta’ala akan gandakan pahala kepada siapa yang dia kehendaki sehingga 700 kali ganda dan kemungkinan ditambah lagi dengan berlipat kali ganda, kadang-kadang ditulis satu amalan kebaikan dengan seratus ribu dan kadang-kadang lebih dari itu lagi. Allah Ta’ala berfirman dlm Surah Al-Qosos ayat 77 yang maksudnya: “dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi”. Iaitu jangan kamu lupakan bahagianmu di akhirat dari kehidupan dunia.

Siapa-siapa yang membuat bekalan untuk akhiratnya di dunia ini maka dia orang yang memiliki bekalan dan siapa yang tidak menyediakan bekalan maka dia orang tidak ada bekalan di akhirat. Allah Ta'ala berfirman maksudnya

Ribut Petir - Dungun

Assalamu'alaikum semua... sekadar untuk berkongsi cerita, awal pagi tadi aku tak dapat tidur kerana bimbang pokok besar di hadapan rumah ku takut tumbang atas rumah ku, dan aku sempat merakam sikit video ribut petir tersebut untuk dikongsikan bersama. Kepada yang tidak tahu, pada waktu awal pagi tadi 22 Jun 2011 jam 1.15am, hujan lebat dan ribut petir telah melanda di daerah Dungun Terengganu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit dan hujan terus melarat sehingga ke subuh, sama tempohnya seperti ribut yang melanda di daerah Kuala Terengganu dan Marang pada 4 hari yang lepas baru-baru ni, tapi cukup untuk menumbangkan pokok-pokok yang besar, sehingga ada di setengah tempat di Dungun ini mengalami gangguan bekalan elektrik di sebabkan pokok-pokok yang tertumbang pada kabel-kabel elektrik.



Candat Sotong & Ribut Barat

Assalamu'alaikum semua, 18 Jun 2011, trip kali ini "candat Sotong" di perairan laut Marang Terengganu, kami mula bertolak pada pukul hampir 6.40pm di Jeti Kuala Marang, Marang, Terengganu. Boleh dikatakan pada hari ini berpuluh-puluh bot keluar kelaut untuk pergi mencandat sotong.

Hampir pukul 7.10pm kami telah tiba ke lokasi pertama lubuk sotong, tak sampai 12 minit, kami telah berjaya menaikkan beberapa ekor sotong mengabang yang boleh dikatakan

Terengganu Menang...

Yeahhhh GanUUUU MenanGGGG...

Assalamu'alaikum semua... sebagai anak jati Terengganu, aku merasa bangga Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yeahhh Yeahhh Yeahhhh......

Kekili & Joran Yang Baik

Belilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidmatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut, sungai, muara, tasik atau sebagainya.

Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7.

Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.

Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji.

Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama.

Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers