Lubuk Udang Galah & Hasilnya
Salam semua, 26 Jun 2010 - kali ini Team Siakappaka telah menemui kawasan Lubuk Udang Galah yang baru dan terbaik punya, di mana tempat ini dikatakan agak banyak udang-udang besar berkeliaran di dalam sungai malah juga dikatakan tempat ini agak cantik, nyaman dan selesa untuk memancing udang.Malangnya agak bermasalah sikit bagi pemancing-pemancing untuk sampai ke destinasi ini, bagi pemancing yang menaiki bot tiada masalah, tetapi yang menbimbangkan adalah bagi pemancing yang datang berjalan kaki, mereka terpaksa berjalan lebih kurang 300M dan meredahi kebun-kebun orang cina di mana kebun-kebun ini terdapat banyak anjing-anjing jagaan yang garang.
Bagi mereka yang berani sudah tentu tiada masalah dan apabila sampai ke destinasi pastilah akan menikmati tangkapan Udang Galah yang dikatakan agak berpuas hati. Di mana tempat ini? iaitu Sungai di belakang Sekolah Ren. Keb. Durian Mentangau Dungun Terengganu.
Jom lah pakat-pakat memancing di sini pasti best punya...
Alhamdulillah... sepanjang memancing di sungai ini dan melepasi sekawan anjing-anjing cina yang garang... inilah hasilnya... hehe... bro Hadi dengan tangkapannya yang terbesar...
Diikuti pula dengan bro Fairus dengan hasil tangkapan udangnya yang kedua terbesar...
Dan seterusnya bro Stopa dengan udangnya... hehe... sebenarnya banyak lagi udang-udang yang kami dapat, yang ini sahaja yang sempat kami bergambar, yang lain tu kami tiada masa bergambar kerana masing-masing terlalu asyik dengan memancing...
Aaa... kepada pemancing-pemancing di luar sana apa lagi JOM LAA... Majulah sukan memancing untuk negara... hehe...