background img

Ikan Air Tawar Terbesar

Inilah ikan air tawar yang terbesar di dunia, namanya Arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) yang berasal dari perairan daerah tropis Amerika Selatan. Ikan Arapaima dapat tumbuh maksima sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram. Sekarang ini sudah jarang terdapat arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter kerana ikan ini sering ditangkapi untuk dikonsumsi penduduk atau dieksport ke negara lain.

Ikan ini dapat mencapai ukuran 5 meter dan dapat hidup di lingkungan yang kering dengan kadar oksigen yang sedikit. Lidah ikan ini sering dijadikan ampelas atau kikir untuk menghaluskan permukaan kayu. Keunikan lainnya pula apabila air di lingkungannya kering, ia akan menggulung menjadi bola dan membenamkan diri ke lubang sampai air kembali semula.

Ikan Baji

Salam semua... semalam 20/05/2010 jam 5.30pm... tangkapan pertama Ikan Baji seberat 700g yang berjaya dipancing oleh bro Fairus Team Siakappaka... entah di luar sana panggil apa ikan ni aku tak tahu lah... di terengganu ikan ini dipanggil ikan Baji... yang sesuai benar untuk digoreng atau dibuat gulai kari...

Memancing Tapah

Salam semua... best kalu dapat tapah sebesar ni...agak-agak nak masak lauk apa dengan tapah ni... kalu aku dah tentu buat gulai masak lemak, mesti best kan. Tapah adalah spesies ikan duri air tawar...ia hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan.

Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan. Tapah juga adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.

Pancing Belukang

Aku ingatkan dapat ikan siakap sampai joranku berbentuk U... bleh tahan gak beratnyer... rupa-rupanya belukang yang dapat... panas aku panas... tapi tak apalah janji dapat daripada tak dapat lansung... hehe...


Cara Bawa Balik Ikan Besor

Salam semua...
Hii kawan-kawan tengoklah mamat ni dapat ikan besor... kesian anok dia... ayohnya dok dukung dia macam tu...

Ikan punya pasal, berat macam mana sekali pun mesti sanggup bawa balik... aku pun memang teringin benor nok dapat ikan-ikan besor macam ni...

Tapi masalohnya pulok... kalu doh dapat susoh la plok nok bawa balik rumoh... hish tokkan lah nok bawa balik cam mamat ni hehe... can u imagine...

Nok sumbat dalam kereta pun rasanya dok lepas kot... kena booking lori la kalu macam ni... kesian mamat ni... ini kalu 1km berjalan ni bleh patoh bahu rasanyer... mamat ni mesti hero/orang kuat & raja pancing kampung dia ni...

Cara Gred Ikan Sangkar

Salam semua...
Video ini aku masukkan untuk dikongsikan bersama... Aaa inilah cara-cara untuk gred / asingkan ikan-ikan ternakan sangkar...

Yang besar diasingkan setempat dan yang kecil pula diasingkan ke sangkar yang lain... perkara-perkara yang perlu dibuat ialah... naikkan sangkar ikan yang hendak di gredkan... perlu disediakan 2 tong/bekas, 1 besar 1 lagi yang kecil...

Bekas yang besar perlulah diisikan air sungai separuh dan dicampurkan dengan ubat pelali hanya satu tudung botol sahaja, bertujuan supaya ikan tidak melompat ketika mana hendak mengasingkan ikan-ikan tersebut, dan sekaligus membuatkan ikan-ikan ini lebih selamat... Seterusnya lihatlah video yang disertakan dan berilah apa-apa pandangan atau komen... sekian....


Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers