background img

Cium anak pun boleh dapat pahala

Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca blog ini... di sini aku nak story sikit kat kamu semua... story yang berunsur nasihat-nasihat sikit... hehe... memancing tu memancing jugak bela ikan tu bela ikan jugak... yang ni kamu semua mesti kena tahu la erk... dan semestinya Mu Semua kena selalu amalkan tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa... sama ada di rumah atau pun di luar rumah... ok...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wajah ahli baru Club Siakappaka

Assalamu'alaikum semua...

Alhamdulillah...
Di sini aku ingin memperkenalkan ahli baru club kami (Club siakappaka)...

Aaa inilah wajah baru anak kecil Tengku Muhammad Aakif Haziq Bin Tengku Ahmad Fairus namanya...

Yang dilahirkan pada 29 Mac 2010 bersamaan 13 Rabiulakhir 1431H, masa 5.05am, berat 2.88kg...

Sedap namanya yang membawa maksud Muhammad(yang terpuji), Aakif(beriktikaf), Haziq(golongan cerdik pandai)...
Anak kecil ini adalah anak sulong kepada hasil perkahwinan antara Tengku Ahmad Fairus(Joran Baru) dengan Pn. Sabrina Othman yang telah mendirikan rumah tangga pada 27 Dis 2008...

Di sini aku sertakan juga gambar perkahwinan mereka... hehe siap masuk dalam TV lagi... siaran lansung lagi...

Aaa... di bawah ni pula gambar kami dengan sipengantin yang tersenyum simpul tapi time ni Joran Baru belum nikah lagi tengah tunggu Tok Kadi datang... kecut perut sipengantin time ni... hahaha...
Kecut perut punya pasal hisap rokok tak sampai seminit dah habis dengan puting-puting rokok sekali... cemas punya pasal... hish hish tak patut tak patut...

Ku perkenalkan lagi... di sebelah kanan sipengantin itu adalah Topa/Stopa, di sebelah kiri Joran Baru pula adalah Partner(Hadi)...

Aku plak tak ada pasal time ni lah aku jadi potong kelapa eh silap Photo Grapher...

Apa-apa pun di kesempatan ini kami selaku ahli Club Siakappaka mengucapkan Tahniah bebanyak-banyak kepada Fairus(Joran Baru) dan isterinya yang telah mendapat cahaya mata yang pertama...

Tahniah diucapkan sekali lagi... salam...

Udang Galah Durian Mentangau

Assalamu'alaikum semua... berita mengenai udang galah lagi... sekarang ni udang galah mula menawan dan mula menakluki di sepanjang Sungai Kampung Durian Mentangau Dungun Terengganu... Besar-besar bro... So apa lagi... jom laa... pakat-pakat mari pancing udang galah di sini... bawak member-member yang kaki pancing tu... Lihatlah Pak Ripin, dapat lagi udang galah... peh... ini kalu buat gulai sedap ni... tak seliur ker?... Aaa kepada orang luar yang belum tahu lagi di mana letaknya Sungai Kampung Durian Mentangau ni... bleh la aku cerita serba sedikit pasal kampung ni... Kampung Durian Mentangau terletak di daerah Dungun, Terengganu di antara Bukit Baut dengan Kampung Air Hitam, Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah... jika perjalanan di ambil dari Paka dan telah melepasi Kampung Air Hitam terdapat satu jalan besar di sebelah kiri di mana jalan ini menuju ke arah Kampung Tersebut... dan terdapat sungai di sepanjang jalan ini... Sungai itu lah yang diberi nama Sungai Durian Mentangau...
Aaa tuan-tuan bleh lah nak pancing udang di sini... ikut lah nak berhenti kat mana pun yang pentingnya udang-udang di sepanjang sungai ni mesti mari punya... Lagi satu aku nak berkongsi sedikit mengenai sejarah Kampung ni... Mengikut cerita orang tua dulu-dulu, asal usul nama kampung Durian Mentangau adalah sempena terjumpanya dua batang pokok iaitu pokok Durian dan pokok Mentangau yang berhampiran, lalu orang-orang tua ni mula memanggil nama tempat ni... "Kampung Durian Mentangau"... aaa itu lah ceritanya yang aku dengar kalu aku tipu bermakna orang tua dulu-dulu lah yang menipunya... So... Selamat memancing udang dan selamat bergembira dengan hasil tangkapan udang-udang galah... harap kamu semua dapat yang besar-besar... bagi yang tak dapat jangan pulak marah-marah... kerana dah tak ada rezeki nak buat macam mana...

Pancing siakapputih dalam sangkar

Assalamu'alaikum semua... bersua lagi kita... Aaa inilah aktiviti kami... Setelah penat memancing ikan siakap di luar sangkar dan hasilnya tak dapat-dapat, nak buat macam mana dah tak ada rezeki... akhirnya pakat-pakat la memancing siakapputih di dalam sangkar... hahaha... baru best... boleh bawa balik sorang satu ikan siakapputih seberat 300g... jadi lah... bukannya apa, berasa nak makan ikan siakap... last last ikan dalam sangkar jadi mangsanya... kweng kweng kweng...


Info Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli.

Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan di Terengganu ikan keli menjadi hidangan istimewa.

TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 tawar RM277,000

Assalamu'alaikum semua pesta mencandat sotong datang lagi di Terengganu Darul Iman, kepada kaki kelaut dan kaki mencandat sotong, pakat-pakat la datang ke Negeri Terengganu, hadiah pun lumayan, jom sertai TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010.
________________________________________

KUALA TERENGGANU - Perairan di negeri ini kembali meriah selepas musim tengkujuh dengan bermulanya aktiviti mencandat sotong yang menjadi antara tarikan utama pelancongan.

Sebagai membuka tirai, kerajaan negeri akan menganjurkan TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM277,000 yang meliputi empat sirkit bermula pada 27 Mac ini hingga 26 Jun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelanco- ngan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib, sirkit pertama akan diadakan di Marang (27 Mac), kedua di Besut (24 April), ketiga Kuala Terengganu (29 Mei) sebelum berakhir di Dungun (26 Jun).

Katanya, bagi pertandingan itu, antara kategori yang dipertandingkan ialah sotong terberat (kumpulan), terpanjang (kumpulan), terbanyak (kumpulan), terpanjang (individu) serta tekong terbaik.

"Maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut boleh diperoleh di www.image-promote.com atau dengan menghubungi talian 09-6317237 atau 09-6265236," katanya ketika ditemui selepas perasmian pertandingan itu di sini petang kelmarin.

Kosmo 22/Mac/2010

Kenali Ikan Tapah

Ikan Tapah ialah satu spesies ikan duri air tawar dalam famili Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan  ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Bandar Tapah  di Perak, Malaysia, dinamai sempena ikan ini.

Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan.

Ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.

Ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan duri ini boleh ditemukan pada musim panas. Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar dengan mulut yang besar dan melekuk.

Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Matanya kecil sahaja, dengan tepi di sekelilingnya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang.

Trailer "Iron man 2"



Kepada peminat-peminat filem Hollywood... saksikan filem Iron Man 2 yang penuh dengan aksi-aksi mendebarkan di pawagam-pawagam yang berdekatan dengan anda... bila akan disiarkan, itu aku tak tahu, mu contart lah pengarah dia orang, kalu tak tahu nombor carilah dalam google.com, mungkin jumpa kot... hehe...

Taukee-taukee ikan yang berjaya

Salam semua...
Berjumpa kembali...
Aaa inilah berita terbaru, lihatlah wajah-wajah taukee ikan Siakapputih yang berjaya ini...

Lihatlah gambar-gambar mereka, sekarang ni telah dikagumi dan digilai oleh para-para artis Hollywood, bukan itu saja malah para-para artis ini menjadikan mereka ini sebagai idola dan inspirasi hidup untuk menempuh kejayaan...

Kenalkah kamu semua, siapakah lelaki yang menandatangani gambar-gambar usahawan ikan yang berjaya ini?... Dialah Brad Pitt suami kepada Angelina Jolie...

Ikutilah berita seterusnya di dalam surat khabar tempatan di bahagian berita luar negara yang mungkin kalau tak silap akan keluar pada hari esok atau lusa... yeezabbb... hihihi...

Jawatan kosong lagi

Untuk paparan lebih jelas klik sahaja pada gambar iklan di bawah...


Untuk ingat mengingati bersama, kalau boleh copy dan sebarkan pada orang lain pula...

Pancing Siakapputih lagi 5kg



Fuh... nampak seronok jer mamat-mamat ni pancing siakapputih... mesti sedap giler isinya... tak sama rasa isi siakapputih yang dibela dengan yang dipancing... lebih seronok dan lebih power mesti siakapputih yang dipancing...

Perkara yg. perlu dilakukan sebelum tidur

Pesan dan berpesan antara kita....

SEBELUM TIDUR

Tafsir Haqqi:
Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam berpesan kepada Aisyah ra: Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah:

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".

wallahua'lam...

Kalau mu rajin... Tolong copy text ni dan sebarkan kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Produk Marzuki_Lawak


Untuk paparan lebih jelas klik sahaja pada gambar ni...

Jawatan Kosong daripada SPNT

Assalamu'alaikum dan Selamat Petang semua...

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Dimaklumkan berkenaan iklan jawatan daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu dilampirkan...

Aaa bagi yang saper-saper yang belum ada kerja, yang kena buang kerja, yang akan dibuang kerja, yang akan diberhentikan kerja, yang akan ditukarkan kerja ke tempat jauh seperti Sabah dan Sarawak... Aaa cepat-cepatlah isi borang jawatan kosong ni manalah tahu kot-kot ada rezekikan, sekurang-kurangnya bleh interview tu dah kira bagus dah daripada tak isi lansung borang... ker guana... Aku ni bukan along, aku cuma nak tolong haha... ok bro mung klik pada link dibawah ni ya... semoga success...

https://docs.google.com/fileview?id=0BwEqD9uvw1B0MTUzNmJkNGUtYWM4OC00ZmEyLThhYTUtMTgxNDBkNTk0MGJl&hl=en

Sekian, terima kasih...

Pesta Memancing Ikan Gelama

Pesta memancing ikan Gelama datang lagi di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu, kalau dilihat pada waktu malam sudah tentu pemandangan di sini seperti pasar malam atau pesta funfair kerana sepanjang pantai Teluk Lipat yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap pemancing yang memancing di pantai ini... Berduyung-duyung berpusu-pusu rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama, ada yang bawa keluarga, rakan-rakan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi... Jom, ramai-ramai datang ke sini kita pakat memancing ikan Gelama, Bulus dan Pari... kebanyakkan pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 seberat 300-400g.

Video di atas menunjuk Pak Ripin telah mendapat banyak ikan Gelama dan Bulus, beratus-ratus kalau dikirakan hasil tangkapannya hari ke hari... Bagi sesiapa yang belum pernah memancing cubalah datang memancing di sini sudah tentu pemancing baru ini akan jadi gilerrr memancing... Jom!

Pak Karim beri makan ikan Siakapputih 2kg


Proses ikan Siakapputih membesar untuk dijual dalam tempoh 6 - 7 bulan seberat 1kg (RM16.00), dengan syarat sentiasa memberi makan tiap-tiap hari pagi dan petang, ikutlah nak bagi makan dengan makanan baja (sisa daging, ikan, ayam mentah) 1 tong RM3.00 atau dengan palet/meh ikan 20kg 1beg (RM110). Cara terbaik ialah dengan memberi makan ikan Siakapputih dengan makanan baja kerana ia cepat membesar dan jimat.

Fuh... Pancing Siakapputih 17.5kg



Salam semua...
Fuyoo besor natang ikan Kakap ni... mamat mana dok tahu yang pancing ni... mu tengok laa sendiri mamat ni pancing siakap seberat 17.5kg... natang umpan apa dia pakai aku dok tahu... tengoklah tu joran dia napok cam biasa jer, cam cap ayam jer joran dia... Mmm... kalu nok boleh rezeki tu dok kira aaa joran cap ayam ker cap lembu ker cap kerbau ker... kalu nok boleh rezeki, boleh jugok... ker guana... mamat nii kira Raja pancing sungai doh ni...

Siakap 21kg



Mung percaya dok ikan siakap anggaran 18-21kg, mu tengok laa sendiri brother ni pancing siakap 21kg,entah umpan apa dia pakai aku dok tahu...tengok joran cam biasa jer... tengok-tengoklah sampai habis erk...

Pancing Siakap putih 7kg


CASTING WILD BARRAMUNDI IN PENANG Part 2 - Funny bloopers are a click away

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers